“Gigi Bawah 2 Batang, Atas 2 Batang,” – Biar Baru 7 Bulan, Yana Samsudin Dedah Baby Girl Dah Mula Belajar Bertatih, Kian Lasak

Share

Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin berkongsi telatah anak keduanya, Aura Aisy Sofea yang kini sudah menjangkau usia 7 bulan.

Di samping menceritakan perkembangan terkini permata hatinya itu, Yana mendedahkan anak perempuannya itu kini sudah mulai belajar bertatih.

Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, Aura itu disifatkan sebagai anak kecil yang lasak dan mudah menangis.

“Assalam korang, good morning Tazzabar tunggu @auraaisysofea nak berjalan ni. Gigi bawah 2 batang atas 2 batang dah.

“Dah bertatih gak ni, kalau lepas setapak dua boleh gak ni. Tapi, nak cerita sikit. Ada baby girl ni memang lain sikit eh?

“Lasaknya bukan main. Baru 7 bulan dah nak panjat panjat. Pastu merengek kuat walaupun dah dengan kita, bunyi nangis macam kena cubit.

“Padahal takda apa apa pun.. tengah main main happy happy pun tetiba boleh merengek,” tulisnya.

Yana pada masa sama turut mengakui sikap Aura berbeza dengan abangnya.

“Duk terfikir fikir gak apa yang tak kena. Sedih kadang pun ada mungkin anak kita cuba bagitau sesuatu tapi kita tak faham.

“Abangnya beza masa kecik, elok je diam. Ke sebab baby girl anak num 2? Ke sebab dia girl? Hahahah keliru makkkkkkkkk….,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Yana mendirikan rumah tangga bersama Fadzil Zahari pada tanggal 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Aisy Mateen, 5 dan Aura Aisy Sofea yang lahir pada November tahun lalu.

Foto: Instagram Yana Samsudin

Published by
Nazar Rafiqhi