Pelakon Syafiq Kyle mengakui proses melangkah ke fasa seterusnya untuk bergelar suami bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata.
Sebaliknya ia menuntut kepada usaha selain ikhtiar untuk berubah menjadi insan yang lebih baik terlebih dahulu sebelum menggalas tanggungjawab besar dalam membina keluarga.
Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30 berkata, buat masa sekarang dia hanya mendoakan yang baik-baik, selain mengharapkan sokongan orang terdekat.
“Tak beranilah untuk saya bercakap mengenai soal sudah bersedia atau sebaliknya. Cuma ini adalah satu tanggungjawab. Sebab saya percaya kalau kita nak bercakap mengenai bersedia atau tidak, kita sendiri yang kena berusaha untuk berbuat demikian.
“Akan tetapi buat masa sekarang umur saya dah 30 tahun, bila-bila masa sahaja. Saya doa jodoh daripada Allah SWT. Mak pun selalu mendoakan untuk saya, berkati dan permudahkan segala perjalanan saya.
“Persediaan itu sayalah yang kena usaha sendiri, bukan saya perlu letakkan ia pada tangan orang lain. Dari segi perkara lain, saya yang perlu banyak muhasabah diri.
“Perlahan-lahan sejak umur saya 27 tahun saya sudah rasakan akan perubahan itu. Tiada benda yang saya perlu kejarkan lagi. Sekarang ini saya hanya buat apa yang saya inginkan, buat perkara yang keluarga dan saya sukai.
“Jadi dalam proses tersebut, diri saya sendiri pun sudah mulai berubah sedikit demi sedikit. Saya percaya kepada perkara itu, ia akan datang dengan sendiri,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Tampilkan Syafiq Kyle & Zahiril Adzim, Filem ‘Silat & Muay Thai’, Siku 12: Langkah Derhaka Dibikin Dengan Kos RM1.2 Juta
“Tahniah, Saya Mendoakan Yang Baik-Baik Untuk Mereka,” – Ucapan Syafiq Kyle Buat Kamal Adli-Uqasha Senrose
“Dimaki Ogy Ahmad Daud Gara-Gara Menguap,” – Syafiq Kyle Imbau Memori Tahun Pertama Masuk Set, Kongsi Kisah ‘Digantung’
Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Filem Siku 12; Langkah Derhaka di Starling Mall, Damansara, pada Rabu.
Ditanya mengenai sisi persediaan atau persiapan yang dilakukan oleh temannya pula, ini yang dikongsi Syafiq;
“Banyak perkara yang kami bincangkan. Cuma saya bukanlah jenis yang mahu ketengahkan apa perkara yang dibincangkan. Kalau di pihak dia, rasanya lebih baik jika empunya badan yang berkongsi.
“Bagi diri saya, saya cuba lakukan yang terbaik dan doakan agar semuanya dipermudahkan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI