Giliran Ayda Jebat Ulas Isu Hasrat Suami Nak 13 Orang Anak – “Bila Kita Bergurau, Kena Kecam. Bila Serius, Ada Yang Kata…”

Share

Selepas suami Ayda Jebat, Nabil Mahir memberikan reaksi selepas impiannya untuk memiliki 13 orang cahaya mata menjadi tular dan mendapat reaksi pelbagai peminat, penyanyi dan pelakon tersebut turut beri respon mengenainya.

Jelas Ayda, dia sedia maklum mengenai kecaman yang diterima, meski hasrat tersebut sebenarnya dikongsikan secara seloroh oleh Nabil.

“Saya ada juga baca. Kadang-kadang bila kita bergurau, kita kena kecam. Bila serius, ada pula yang kata kita ni tak tahu nak jawab.

“‘Malah akan ada yang tanya kita balik, kenapa nak serius sangat? Jadi bila situasinya begitu, kita pun tak tahu nak jawab dalam cara yang bagaimana pula,” katanya.

Pada masa sama, pelakon Bukan Gadis Biasa ini akui tidak ambil peduli terhadap komen negatif, sebaliknya memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Kepada yang mahu mengata mengenai mengenai hasrat Nabil yang berseloroh mahukan 13 orang anak atau sebagainya tu, jujurnya kami tidak kisah.

“Asalkan saya dan Nabil tahu diri masing-masing. Harapnya apa yang didoakan itu adalah yang baik-baik, termasuk buat kalian semua.

“Apa yang kita perkatakan itu pun adalah satu doa jugakan? Jadi berdoalah yang baik-baik, insya-Allah akan datang yang baik juga untuk kita,” harap Ayda.

Terdahulu, pasangan selebriti ini selamat diijab kabulkan di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.28 petang, 1 Januari lalu.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Published by
MH