Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan bakal mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga. Dan lebih istimewa, kedatangan ke Tanah Suci Mekah pada kali ini bersama anak, Jeanelle Nika Mandagie.
Suami kepada Nina Sabrina ini turut memuat naik foto menunjukkan dia dan isteri menunaikan ibadah umrah tiga tahun lalu pada tarikh yang sama.
“Today, and another photo from the very same date three years ago. بسم الله الرحمن الرحيم, we will soon be performing our Umrah, and this time is with our lil one. #JNMUmrah,” kongsinya.
Rata-rata netizen mendoakan agar keluarga ini memperoleh umrah mabrur dan mendoakan agar urusan menunaikan ibadat dipermudahkan.
Sekadar makluman, Jovian dan Nina telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Jeanelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mustahil Pada Peringkat Umur Seperti Saya Tiada Kedut,” – Pada Usia 51 Tahun, Datin Seri Maria Farida Tak Takut Tua
Pelakon, Datin Seri Maria Farida mendedahkan dirinya langsung tidak rasa terkesan atau fobia dengan sebarang perubahan yang berlaku keatas dirinya yang disebabkan oleh faktor penuaan.
Menurut Datin Seri Maria, dia lebih rela bersikap jujur dengan diri sendiri berbanding melakukan prosedur-prosedur moden.
“Sebenarnya apa yang nak kita takutkan. Umur meningkat adalah satu kelebihan. Bukan semua orang dapat meningkat usia tanpa sebarang masalah.
“Saya sejenis yang tidak bergantung kepada prosedur seperti ‘cucuk’ atau buat sebarang pembedahan. Saya tidak mahu lakukan semua itu. Saya mahu ia jadi secara natural.
“Biarlah kita meningkat usia tanpa sebarang masalah. Setidak-tidaknya kita jujur pada diri sendiri,” katanya kepada MH.
Datin Seri Maria berkata demikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran dan pengenalan duta produk makanan tambahan Lucol-S yang di Cyberjaya, pada Rabu.
Meski masih kekal tampil anggun pada usia 51 tahun, Datin Seri Maria mengakui dirinya juga tidak terlepas dengan masalah-masalah yang dialami wanita seusianya.
“Kita kena terima perkara ini, yang penting kita kena tahu macam mana nak kawal supaya tidak terlalu ketara.
“Mustahil pada peringkat umur seperti saya tiada kedut-kedut. Orang dah panggil I ‘vampire’ dan macam-macam lagi.
“Kenalah ada sikit kedut tu barulah orang percaya kalau tidak mesti orang akan kata saya guna botox atau buat pembedahan. Saya biarkan sahaja kedutan itu tapi tidaklah terlalu ketara,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut mendedahkan dirinya tidak mahu mengambil kisah tanggapan negatif orang lain terhadap dirinya.
“Memang orang tidak percaya, kalau anda semua tengok di Instagram saya, anda akan lihat ada banyak komen-komen yang menyakitkan.
“Tapi saya terima sahaja. Mereka kerap tanya saya jumpa doktor mana atau apa tips nak buat operation.
“Macam mana saya nak jawab sedangkan saya tak buat semua perkara tu. Kemudian orang kata pula “mustahil la, mana ada orang muka macam ni pada usia seperti saya’ dan sebagainya.
“Cara yang terbaik adalah untuk tidak ambil peduli. Kalau saya layan, apa yang saya dapat? Orang seperti mereka ni, kalau saya cakap perkara benar pun mereka takkan percaya.
“Tiada faedahnya pun. Mereka hanya nak percaya apa yang mereka percaya,” akhirinya.
Sekadar info, Lucol-S atau Lustre Collegen dihasilkan untuk membantu menaikkan seri kulit seawal 7 hari dan menguatkan tulang terutama bagi mereka yang berusia lebih 30 tahun dan ke atas.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Tak Sempat Menyiapkan Video Muzik Lagu Ini, Namun…,” – Gabungan Alif Satar & Raihan Dalam Lagu, Penampilan Neelofa Di Sejadah Tarik Perhatian
Alif Satar dan Raihan kini berduet kembali dengan single ‘cover’ terbaru sempena dengan kehadiran Ramadan tahun ini.
Selepas kejayaan Sesungguhnya2019 pada ramadan lalu, Alif Satar yang sememangnya meminati kumpulan nasyid, Raihan merakam kembali single Damba CintaMu.
Menurut Alif, dia memilih lagu terbabit kerana ia merupakan antara lagu kegemarannya ketika mendengar lagu-lagu dendangan Raihan dan ia cukup memberi kesan keinsafan dalam mencari cinta kepada tuhan.
“Susunan lagu ini di buat untuk memberi impak yang sangat kuat. Melodi lagu asal ini lebih kepada ‘accapela’ tetapi kali ini sususan lagu dan melodi di buat dengan lebih segar dan moden kerana liriknya sahaja sudah cukup bermakna.
“Ia dibuat oleh ahli-ahli band Alif iaitu The Locos.Penggunaan alat muzik sangat sesuai pada tempatnya dan secukup rasa tidak berlebihan.
“Bunyi drum yang bersahaja tetapi ada dinamiknya bila tiba masanya. Gitar dan bass juga bersesuaian dan tentunya bunyi clarinet yang seolah-olah menangis.
“Kami tidak sempat menyiapkan video muzik lagu ini namun kami persembahkan lirik video untuk tayangan di platform YouTube. Menariknya, lirik video kali ini seolah-olah ada kena mengena dengan apa yang kita sedang lalui sekarang,” kongsi Alif.
Pada masa sama, lirik video turut menyelitkan bait lirik dalam bahasa Inggeris bagi kemudahan semua.
“Lirik video kali ini juga, kami menyediakan sarikata Bahasa Inggeris bagi bait-bait lirik untuk memudahkan orang yang tidak memahami Bahasa Melayu.
“Lebih menarik lagi,kami menggunakan khidmat seorang selebriti wanita terkenal dan sempat merakamnya terlebih dahulu sebelum perintah kawalan pergerakan di umumkan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, muzik video lirik Damba CintaMu yang menampilkan pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa nyata mencuri tumpuan.
Neelofa yang dirakam sedang merintih berdoa ternyata membuatkan ramai tersentuh dan rata-rata peminat memuji pemilihan Neelofa sebagai subjek utama dalam muzik video berkenaan.
Menurut Raihan pula, Damba CintaMu merupakan lagu yang dicipta Abu Bakar (anggota Raihan) pada tahun 1997.
Lagu ini berkisar tentang pengakuan secara terus terang kita sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa.
“Sebagai manusia yang biasa kita kadang-kadang buat baik,kadang kala kita tidak sengaja dan kita terlupa siapa diri kita sebagai hamba Allah. Ada kalanya kita sengaja berbuat dosa,sedangkan kita tahu Allah Maha Melihat & Maha Mengetahui.
“Tapi rahmat dan pengampunan Allah itu maha luas.Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah. Selepas berbuat salah kembalilah bertaubat kepadaNYA.
“Walaupun berulangkali berbuat salah tetaplah kembali semula bertaubat kepada Allah swt.Kita takut kepada Allah tetapi kita mengharap pada Allah. Kita tiada pilihan selain kembali kepadaNya,” akui Raihan.
Sementara itu menurut Abu Bakar, dia berasa bersyukur kerana lagu ini kembali didengari pada tahun 2020 dan sangat berterima kasih kepada Alif Satar dan sahabat-sahabat Raihan atas kerjasama ini.
“Cuma saya agak sedih kerana seminggu sebelum lagu ini direkodkan, ibu saya telah kembali ke rahmatullah.
“Jadi jika ada kebaikan, jika ada yang mendapat hidayah, jika ada yang memeluk islam setelah mendengar lagu in, saya hadiahkan semua semua pahala yand ada pada ibu saya Hjh Raden Ramlah Bte Raden Haji Ali…. Amin,” titip Abu Bakar.
Damba CintaMu telah berada di semua platform streaming bermula 27 April 2020, Isnjn lalu.
Manakala lirik video juga ditayangkan pada tarikh yang sama di YouTube. Alif sebelum itu telah pun mengeluarkan ‘teaser’ lagu ini pada hari pertama ramadan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kak Long Tengah Susah, Itu Sumber Rezeki Buat Masa Sekarang, Namun…,” – Jual Makanan, Amelina Selesa Buat Kerja Dari Terima Wang Bantuan Terus
Penyanyi, Amelina Amir mengakui berasa amat bersyukur kerana bisnes nasi minyaknya kian mendapat permintaan menggalakkan sejak akhir-akhir ini.
Menurut Amelina, ada pembeli yang mengambil pendekatan membeli menu tersebut bagi tujuan sedekah.
“ALHAMDULILAH sesungguhnya rezeki hari ini untuk kaklong adalah “JENTIKAN” ALLAH ke hati anda semua untuk beli NASI MINYAK ASYIK kaklong ini.
“Terima Kasih juga pada yang membeli dari kak long dan niat bersedekah dan menjadikan kak long sebagai penyampai amanah kepada amal jariah anda.
“Dua pahala hamba Allah ni dapat pertama memberi kaklong (ibu tunggal yg comel ni) tiberr kerja untuk masak kan makanan ini dan kedua sedekah dia ke anak-anak yatim ini,” tulisnya.
Mengakui ekonominya agak terkesan sepanjang tempoh pendamik ini,
Amelina bagaimanapun memaklumkan dia memilih untuk cari alternatif lain bagi meraih pendapatan berbanding menerima wang secara terus dari mana-mana individu.
Kenyataan tersebut dikongsikan penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik itu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram
“Pada awalnya dia nak sedekah jer duit kat kaklong tapi kak long cakap, tolong bagi kak long kerja untuk kak long masakkan.
“Kak long lagi puas hati sebab itu pun dah kira pahala juga bagi mereka, sebab kaklong tengah susah dan itu sumber rezeki kak long buat masa sekarang NAMUN kak long tetap mendoakan mereka termasuk yg membeli dari kaklong hari ini.
“SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN ANDA SEMUA. Kaklong akan buat yg terbaik seikhlas-ikhlasnya dengan kasih sayang, air tangan kak long ini,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Amelina selaik turut mendoakan semoga keadaan negara dapat pulih seperti sedia kala.
“Semoga kak long diperluaskan lagi rezekinya.
“Terbaik kak long. Semoga bisnes kak lomg berjaya.
“Sedap masakan kak long. Ayam besar-besar. Nanti nak repeat order.
“Alhamdulillah kak long. Semoga dapat buka restoran satu hari nanti,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Amelina Amir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI