
Selepas tular stroller berharga RM3,000 yang dibeli Instafamous Cik Epal beberapa hari lalu, netizen mula membongkar kembali kisah lebih kurang sama.
Difahamkan, hos dan pelakon, Jihan Muse terlebih dulu memiliki stroller bernilai ribuan ringgit!
Stroller berjenama hasil ilham pereka Jeremy Scott ini dinyatakan berharga lebih RM12,000.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak pernah sesekali berkongsi mengenai harganya kepada umum.
Lalu, ada yang menyatakan kekaguman kepada pelawak ini kerana masih mengekalkan sikap rendah diri walaupun mampu membeli barangan mewah untuk anaknya.
Malah di laman Twitter, netizen mula membandingkan cara kedua-dua wanita ini membawa diri.
Foto : Twitter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Dedah Ada Yang Nak ‘Ambil’ Akaun FB Allahyarham Abam Bocey, Sudah Tak Boleh Nak Akses

Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah mendedahkan akaun Facebook milik suami telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut Hidayah, akaun Facebook milik Abam itu sudah tidak boleh diakses sebaik sahaja dia memuat naik sebuah posting mengenai anaknya, Hamzah.
“Ada yang cuba ambil @ hack Facebook Syed Umar Mokhtar, arwah suami saya.
“Baru lepas tadi saya update pasal anak saya Hamzah tapi sekarang tak boleh bukak,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Hidayah menerusi akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut turut disertakan dengan tanda pagar ‘jangan sibuk hal orang’ dan ‘biar orang buat kita jangan kita buat orang’.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Hidayah supaya bersabar dan jangan peduli mengenai individu tidak bertanggungjawab itu.
Terdahulu Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 9 Febuari 2020.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan juga seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini baru berusia 11 bulan.
Sumber: Instagram Nor Hidayah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Bertudung Tawar Diri Jadi Bini Kedua, Nak Bagi Zuriat, Izzue Islam; “Minta Tolong Sangat Jaga Hati Isteri Saya.”

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam baru-baru ini melahirkan rasa ‘bengang’ dengan tindakan seorang wanita yang dikatakan keterlaluan apabila tergamak bergurau melibatkan isu sensitif mengenai mereka.
Menerusi temu bual bersama program Melodi baru-baru ini, Izzue atau nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, berkata dia dan isteri, Awin Nurin, 40, pernah dihampiri seorang wanita bertudung yang secara tiba-tiba berkata ingin berkahwin dan memberikan zuriat kepadanya.
“Ini betul-betul terjadi ada seorang perempuan bertudung datang depan saya dan Awin di satu majlis pada pertengahan tahun.
“Tiba-tiba dia cakap dekat Awin yang dia okay nak jadi isteri kedua dan bagi zuriat. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau.. rupanya dia serius. Cara dia cakap memang beria sangat.
“Saya dan Awin tak tahu nak respon apa. Ini kali pertama berlaku depan mata sendiri. Sebenarnya saya memang marah bila dia cakap macam itu,” luah Izzue.
Menurut Izzue, dia tidak menyangka ada individu yang ‘tergamak’ berkata sedemikian di hadapan mereka berdua malah penyanyi kumpulan Forteen ini turut meninggalkan ‘pesanan’ buat wanita tersebut.
“Tidak dinafikan memang beri kesan (kata-kata wanita berkenaan) kepada kami tetapi tidaklah sampai huru-hara dan bergaduh. Ada juga orang macam itu?
“Jadi kami akan berjaga-jaga dan bersedia apabila berada di luar.
“Saya minta tolong sangat-sangat untuk jaga hati isteri saya. Jangan buat perangai macam tu, tak elok! Awak perempuan, bertudung pula itu. Tak manis buat macam itu dekat isteri orang,” katanya lagi.
Sekadar info, Izzue mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Awin pada 2 Jun 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Part Lofa Buat Bunyi Tu Dah Macam Naga,” – Cubaan Minum ‘Jus Rumput’, Ini Reaksi Neelofa

Neelofa dan adiknya, Athisha Khan berganding bersama berdepan dengan cabaran untuk minum ‘jus rumput’ atau wheatgrass.
Lofa dilihat cukup sukar untuk memulakan dan dilihat cuba membuang kegusaran dengan minum air dan makan biskut tanpa henti.
Lebih melucukan, wanita jelita ini telah sendawa di hadapan kamera secara tidak sengaja.
Menurut netizen, reaksi pengacara Meletop ini dikatakan seperti naga.
Terhibur dengan gelagat dua beradik ini, netizen turut berkongsi pengalaman yang sama menikmati jus rumput.
Aduh comelnya keletah Lofa dan Athisha. Seronok juga melihat selebriti popular melakukan aksi sebegini.
Foto – Instagram Lofa Videos
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI