Penyanyi Aepul Roza mendedahkan gimik drum condong 90 darjah yang dipersembahkan di pentas akhir The Hardest Singing Show (THSS) sepatutnya ingin dilakukan pada minggu ke-6 namun, dia memutuskan untuk menukar lagu bagi menghormati sambutan Aidil Adha.
Menurut Aepul, dia tidak menyangka keputusan tersebut mempunyai hikmah yang sangat besar sekali gus menobatkan dirinya selaku juara sulung THSS.
“Saya ini peminat muzik rock. Idea untuk buat gimik drum itu datang daripada persembahan band Slipknot. Asalnya gimik ini ingin dilakukan pada minggu ke-6 tapi ia jatuh
pada malam raya haji.
“Jadi, untuk menghormati malam istimewa tersebut, saya tukar lagu yang berentak perlahan. Rupanya, kita direzekikan untuk sampai ke pentas akhir.
“Oleh itu, kita memang simpan idea gimik drum di final,” katanya kepada MH.
Vokalis kumpulan Drama Band ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media THSS pada Ahad.
Dalam pada itu, Aepul juga mendedahkan dirinya berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memastikan gimik drum tersebut sempurna.
Ads
“Untuk mencondongkan drum itu, bila kita lihat produksi luar buat, rupanya kita kena tengok kemampuan bajet. Namun, bajet saya sangat terhad.
“Bila berbincang dengan pihak produksi, saya, pasukan saya dan team prop nak sangat gimik ini menjadi. Ia melibatkan reputasi semua pihak.
“Asalnya, kita tak dapat nak buat sempurna seperti malam tadi. Saya dan posisi drum itu tidak stabil. Pihak prop juga sudah bersedia. Jadi, saya buat juga kerana itu impian saya.
“Malam final ini, saya tak nak simpan lagi. Saya tak mahu menyesal dan buat sampai habis. Menang atau kalah, itu semua rezeki,” ujarnya lagi.
Ads
Ditanya berapakah jumlah kos yang sudah dibelanjakan sepanjang menyertai THSS, Aepul memaklumkan dirinya sudah berhabis hampir RM60,000.
“Alhamdulillah, balik modal. Untuk persembahan solo di pentas akhir THSS, saya belanjakan hampir RM30,000. Secara keseluruhan pula, saya sudah belanjakan RM60,000.
“Namun, alhamdulillah, rezeki Allah yang bagi. Sambil-sambil saya bertanding, saya terima banyak undangan persembahan.
“Gaji mingguan di THSS pula, saya tidak ambil seorang dan kongsikan dengan team saya yang bertungkus lumus membantu saya. Semua ada bahagian masing-masing. Rezeki Allah nak bagi dan saya hanya jalankan sahaja,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, suami kepada penyanyi Leez Rosli ini juga akui dirinya tidak menyangka bakal bergelar juara buat pertama kali sepanjang umurnya.
“Menang atau kalah, bukan lagi dalam kepala saya semalam. Saya reda. Ada atau tiada rezeki, saya okay sahaja kerana saya dan pasukan dah berjaya buat persembahan It’s My Life ini.
“Rezeki Allah nak bagi. Dengan kemenangan ini, datangnya tanggungjawab,” akhirinya.
Kemenangan tersebut membolehkan Aepul membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM150,000, pakej pelayaran dan trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohammedin (Budak Ijat) memaklumkan ibu saudaranya yang juga pelakon, Noryati Taib telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam2 pagi tadi.
Shahrezad memaklumkan khabar duka itu bersama pengikut di laman media sosial Instagam miliknya.
“Innallilahiwainailaihirojiun Assalamualaikum gais. Dukacita abam nak bagitahu semua mak saudara abam Mak Uda Yati aka Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya jam 2 pagi tadi.
“Bagi semua para peminat Mak Uda Yati marilah kita sama sama doakan agar roh beliau dirahmati Allah dihimpunkan beliau di kalangan mereka yg solehin. Sudi apalah kira dapat hadiahkan Alfatihah untuk Noryati Taib.
“Dan semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini. Alfatihah,” tulisnya.
Perkongsian tersebut lantas mendapat perhatian peminat termasuk rakan selebriti yang menitip doa serta ucapan takziah kepada arwah Noryati sekeluarga.
Imbas kembali, Noryati atau sinonim dengan panggilan Mak Cik Petir menghidap penyakit kronik seperti kencing manis sehingga sebelah kakinya terpaksa dipotong, kira-kira 2 tahun yang lalu.
Sementara itu, berita sama turut dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebook.
“Dukacita dimaklumkan mama saya (Noryati Taib) telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi.
“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang beriman,” tulisnya.
Memetik Metro, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, jam 10 pagi.
Noryati yang sinonim dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.
Foto: Instagram Shahrulezad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang kononnya, dia mengadakan majlis penyerahan zakat bagi menutup isu sensasi yang melibatkan dirinya sejak dua minggu lalu.
Aliff yang merupakan penaja utama Gegar Vaganza kelima (GV5) terpalit dengan kontroversi apabila memberi kenyataan mengenai fizikal seorang penyanyi dan penonton. Bagaimanapun, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka minggu lalu.
“Saya gembira sangat hari ni telah diadakan bantuan kepada hampir 1000 orang untuk pelajar fakir miskin, anak yatim dan mereka yang memerlukan. Kos yang saya salurkan sejak sekian lama lebih RM1.5 juta, tapi hari ini saya salurkan lebih kurang dalam RM100,000 sebab ia dibuat secara berperingkat.
“Mereka yang terpilih adalah mereka yang bergaji kurang daripada RM1,200. Bagi saya adatlah, saya sendiri bergurau tapi kalau tak boleh terima saya minta maaf. Tak ada kena mengena kalau nak dikata nak tutup isu.
“Jadi, majlis yang berlangsung bukannya untuk menutup isu tersebut sebab ia sudah pun dirancang lebih enam bulan dan mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS). Apa yang saya buat ni pun adalah untuk hari akhirat. Saya ni jahil, jadi adalah bahagian saya untuk akhirat.
Pada masa sama, Aliff turut memberitahu tujuannya menguar-uarkan mengenai program amal tersebut adalah untuk berkongsi sesuatu yang baik kepada masyarakat.
“Zakat memang wajib diuar-uarkan dan orang yang menyebarkan mengenai perkara ini juga dapat pahala sebab niat kita nak bagi usahawan lain untuk sama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.
Supaya orang Islam ini dipanjang lebih hebat. Saya pun ada juga bawa beberapa jutawan dan mereka pun berminat untuk buat benda sama,” katanya kepada MH.
Malah, Aliff turut merancang untuk melaksanakan program sedemikian di beberapa buah negeri lain selepas ini.
Dalam perkembangan lain, konsert akhir GV5 bakal bersiaran pada 18 November depan dan ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Untuk lebih lanjut, ikuti temu bual penuh bersamanya menerusi FB Live MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menampilkan figura selebriti popular pada satu masa, buat pertama kalinya pengeluar jenama baju Melayu popular Bulan Bintang tampil dengan iklan raya sendiri berjudul Raya Macam Star.
Menerima lebih separuh juta tontonan hanya selepas dua hari dilancarkan di platform penstriman YouTube, ia menjadi antara iklan raya yang diperkatakan ketika ini.
Malah, meninjau ke ruangan komen di media sosial, rata-ratanya memuji kualiti penghasilan iklan raya berkenaan yang sudah disifatkan setanding dengan jenama yang kerap mengeluarkan iklan raya saban tahun.
Bulan Bintang punya iklan raya, lain macam weh level dia. Dah tahu dah tahun depan nak tunggu iklan siapa. Power! 🥹🔥 pic.twitter.com/IhK1Y4kHkf
“Lawa cinematography n editing dia,” tulis @nhxkm_
“Fuhh iklan merekot mat,” sahut @mrbunroy pula.
Malah, ada juga yang meminta jenama berkenaan untuk terus menerbitkan iklan seumpamanya untuk tahun mendatang.
Dalam iklan terbabit, Zul seorang pemuda kampung jauh hati pada seorang gadis dan cuba mencari jalan untuk bertemu dengan gadis terbabit ketika Syawal.
Menerima cadangan daripada poster Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya dan Beto Kusyairy yang boleh bercakap, Zul menjemput seisi kampung untuk datang ke rumah terbukanya.
Lucunya, ketika menyarung baju Melayu Bulan Bintang, Zul tiba-tiba bertukar sekacak Shukri Yahaya dan impiannya untuk bertemu dengan gadis terbabit (lakonan Hannah Delisha) tercapai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Li Si Xuan, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik di Shenzhen, didapati telah memalsukan kelayakan akademiknya untuk melanjutkan pengajian di Universiti Hong Kong (HKU).Si...