Kumpulan wanita baharu, Stellar yang bernaung di bawah Sony Music Entertainment Malaysia kini optimis mengatur langkah dalam industri seni tempatan.

Dianggotai oleh Farisa, Hany, Hasya dan Sheena, mereka mengharapkan pencinta seni lokal menerima hasil karya yang mereka akan tampilkan sekaligus menjadikannya sebagai inspirasi.

“Sasaran pertama kami adalah lebih kepada para remaja dan wanita yang sedang mencari identiti tersendiri, terutamanya mereka yang ingin berpijak dengan kaki sendiri dalam meniti kehidupan yang semakin dewasa.

“Harapan kami, tentunya kami mahu orang ramai khususnya pencinta muzik di Malaysia menerima hasil karya yang kami tampilkan dan menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam pelbagai situasi kehidupan.

“Selain itu, kami mahukan karya kami dijadikan sebagai sumber hiburan dan diterima oleh masyarakat dan pastinya kami mahu Stellar bertahan dan berjaya dalam industri hiburan,” kata Farisa mewakili Stellar.

Ads

Dalam pada itu, Stellar akui beberapa kumpulan wanita lain telah berjaya mencipta nama, pada masa sama, ada juga yang sedang mendaki populariti. Namun mereka melihatnya sebagai satu pencetus semangat.

“Kita sedia maklum dengan kumpulan-kumpulan wanita yang sudah bertapak di Malaysia seperti Dolla, De Fam dan lain-lain. Kami melihat kejayaan mereka sebagai satu inspirasi agar tidak berputus asa. Kami juga berpegang pada prinsip ‘kalau mereka boleh, kenapa kami tidak?’.

“Segala cabaran dan rintangan yang mungkin akan berlaku, kami akan jadikan ia sebagai ‘guru’ yang mengajar dalam memperbaiki diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik,” kata Farisa lagi.

Ads

Dalam pada itu, Hany pula berkongsi keistimewaan serta keunikan mereka sebagai artis baru yang ingin ke depan dalam industri.

Girl Group Baru Muncul Lagi, Gelar Diri Stellar; “Kalau Mereka Boleh, Kenapa Kami Tidak?” Girl Group Baru Muncul Lagi, Gelar Diri Stellar; “Kalau Mereka Boleh, Kenapa Kami Tidak?”

“Kami adalah kumpulan yang betul-betul baru, bak kata orang masih ‘fresh’ lagi. Jadi, kami berani dan yakin untuk berhadapan dengan perjalanan yang tentunya mempunyai pelbagai dugaan, kita tahu, untuk menjadi penyanyi, bukan semuanya indah belaka.

Ads

“Selain itu, kami juga bersedia untuk menerokai pelbagai perkara baru tentang industri hiburan ini serta menerima teguran seandainya kami ada melakukan kesalahan. Untuk imej kami sebagai artis berkumpulan pula, tentunya setiap antara kami setia dalam persahabatan walau apa jua keadaan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, single sulung mereka berjudul Where You Wanna Go tidak lama sahaja lagi.

“Kami akan melancarkan single pertama pada bulan November ini, tidak hanya satu lagu itu sahaja, kami pastinya akan bekerja keras dalam menghasilkan lagi banyak karya pada masa akan datang,” tambah Farisa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI