Artis versatil, Ayda Jebat semakin menjadi perhatian peminat apabila tampil imej berambut pendek, sejak beberapa hari lalu.
Penyanyi lagu Temberang berambut pendek bagi untuk menjayakan drama berjudul lakonannya, Bukan Gadis Biasa.
Sebelum ini, Ayda pernah memaklumkan imej ranggi itu dilakukan atas permintaan syarikat produksi drama berkenaan dan dia bersetuju demi watak.
Baru-baru ini, bintang itu ada berkongsi sekeping foto penuhnya dengan imej rambut pendek di Instagram dengan kapsyen yang mencuri perhatian.
Bintang berusia 27 tahun itu meminta para gadis agar berhenti menghantar ‘direct messagenya’ di platform sosial itu.
“Girls, please stop dm me. #AydaJebat #Johana #BukanGadisBiasa #JoDahPening,” sinis Ayda.
View this post on Instagram🏍 . Girls, please stop dm me. 💆🏻♀️ . #AydaJebat #Johana #BukanGadisBiasa #JoDahPening
A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memuji imej terbaru Ayda yang berbeza daripada biasa.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gara-Gara Sekeping Foto Uqasha Senrose Di Bali, Netizen Lelaki Kata Aset ‘Besar dan Padu’
Kalau bercakap mengenai Uqasha Senrose, ada sahaja isu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya pada mata netizen. Maklumlah, bila sudah bergelar selebriti terkenal, sudah pasti setiap inci hal yang dilakukan akan menjadi buah mulut ramai.
Misalnya beberapa hari lalu, Uqasha ada memuat naik beberapa keping foto sekitar percutiannya di Bali bersama teman. Malah menerusi Insta Stories, pelakon cantik itu turut berkongsi sekitar percutiannya di sana.
Namun apa yang tidak sedapnya, sekeping foto yang dikongsi Uqasha sepertinya ‘mengundang keterujaan’ netizen, khasnya di kalangan lelaki. Ada yang memberikan komen sinis dan tidak kurang yang berbaur lucah, gara-gara posisi gambar yang diambil.
Bagaimanapun, MH tengok gambar tersebut tidaklah keterlaluan sampai boleh ‘berdarah hidung’. Uqasha hanya kenakan skirt labuh kuning. Cuma mungkin baju-T putik yang dipakai itu ibaratnya seperti mengundang imaginasi yang ‘tidak-tidak’ di kalangan netizen.
Apapun, situasi sedemikian bukanlah kali pertama diterima Uqasha. Malah sebelum ini pun, asetnya pun sering menjadi bahan gurauan netizen.
Haih.. sabarlah ya Uqasha. Orang cantik memang selalu tak terlepas dengan dugaan, gitu…
Foto: Instagram Uqasha
View this post on InstagramYou don’t have to dream when you’re living the dream ✌?? Bali 2018
A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Perjalanan Untuk Bertemu Anakmu Akan Lancar…” – Kongsi Foto Terkini, Peminat Titip Doa Buat Fazura
Pelakon jelita, Fazura atau nama Nur Fazura Sharifuddin kini sedang meniti hari saat untuk melahirkan anak pertamanya yang dijangka bakal lahir pada Oktober depan.
Terbaru, Fazura ada berkongsi sekeping foto terkini dirinya menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar segala urusan bintang berusia 37 tahun itu dipermudahkan.
Bukan itu sahaja, penampilan bintang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu turut menjadi perhatian peminat.
Bagaimanapun, Fazura belum mendedahkan jantina anak sulungnya itu sehingga kini.
Sekadar informasi, Fazura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017.
Foto: Instagram Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senapang Patah Jatuh, Tertembak Mati Kanak-Kanak Di Depan TV
Semalam kira-kira jam 11 pagi, satu kejadian menyayat hati berlaku apabila kanak-kanak yang bernama, Puteri Intan Shahrini Mohd Hishamuddin telah meninggal dunia selepas terkena tembakan senapang patah yang terjatuh di lantai.
Ketika kejadian itu berlaku, Puteri sedang baring berseorangan di ruang tamu sambil menonton TV dan tiba-tiba senapang patah milik moyangnya berusia 80 tahun yang disandarkan pada dinding terjatuh ke lantai lalu menyebabkan ia meletup dan pelurunya pula tertuju kepada pipi kiri Puteri.
Bapa kepada Puteri, Mohd Hishamuddin Azmi pula berkata, anaknya itu tinggal di rumah tersebut bersama datuk nenek, dua bapa dan ibu saudaranya selepas dia dan isteri berpisah kira-kira tiga tahun yang lalu.
“Ketika kejadian, saya sedang bekerja di Jitra sebelum dihubungi bekas isteri yang memaklumkan Puteri Intan Sharini meninggal dunia.
“Saya bergegas ke rumah berkenaan dan sebaik tiba, saya tergamam melihat keadaan anak. Saya cukup sebak kerana Puteri Intan Sharini pergi dalam keadaan menyayat hati,” katanya.
Kata Hishamuddin lagi, Puteri merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik dan dia menyifatkan anaknya ini sebagai seorang yang bijak dan telah memperoleh Anugerah Cemerlang selama dua tahun berturut-turut di sekolahnya.
Menurutnya lagi, senapang patah milik moyang Puteri ini digunakan untuk berburu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian namun enggan untuk mengulas lanjut tentang kes ini kerana siasatan masih berjalan.
Sayu hati MH selepas membaca berita ini, benar setiap yang hidup pasti akan merasai mati tapi pemergian Puteri dengan cara sebegini betul-betul menyedarkan diri bahawa ajal dan maut itu boleh berlaku dalam apa jua keadaan sekalipun.
Sesungguhnya ajal itu tidak pernah kenal pada usia. MH ucapkan takziah buat seluruh keluarga arwah Puteri dan semoga arwah tenang di sana serta ditempatkan di kalangan hambar-hambar yang soleh dan solehah.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI