Dunia hiburan dikejutkan apabila bintang Korea Selatan, Goo Hara telah didapati meninggal dunia di kediamannya. Malah, berita mengenai kematiannya turut mendapat liputan media seluruh dunia.

Lebih tragis, ia merupakan berita kedua seumpamanya dalam tempoh kurang tiga bulan apabila sebelum ini, anggota kumpulan K-Pop f(x) Sulli ditemui mati di kediamannya di Seongnam, Seoul, Korea, pertengahan Oktober lalu.

Sementara itu, berita kematian bekas ahli kempulan Kara ini telah disahkan oleh pihak polis dan punca kematian masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, apa yang merisaukan peminat ialah apabila rakan baik, Heechul yang telah ‘privasikan’ akaun Instagram dan Twitter sejurus berita kematian Goo Hara.

IKLAN

Malah, bintang kacak itu turut ‘unfollow’ semua kenalannya di platform sama.

Lalu, tindakannya itu difahamkan telah menimbulkan ketakutan kepada di kalangan peminat lebih-lebih lagi apabila ramai sedia tahu dirinya mempunyai hubungan erat dengan mendiang Goo Hara dan Sulli.

Didakwa sejak kematian Sulli, Heechul pernah berkabung sekejap dan tetap meneruskan aktiviti seperti kebiasaannya selepas itu.

Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua kenalan dalam tempoh yang sangat dekat dibimbangi akan meninggalkan kesan terhadap Heechul sehingga menyebabkan dia mengambil tindakan untuk ‘privasikan’ akaun media sosial.

Apa pun, diharapkan tiada perkara buruk berlaku pada Heechul, semoga diirinya tabah dengan dugaan menimpa.

View this post on Instagram

잘자

A post shared by 구하라 (@koohara__) on

Sumber: Koreaboo