
Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Goo Hara ditemui mati di kediamannya di Cheongdam-Dong, lapor pihak berkuasa, sekitar jam 6.00 pagi waktu tempatan.
Bintang berusia 28 tahun itu sebelum ini sinonim sebagai bekas anggota kumpulan k-pop, Kara yang disertainya sejak 2008 lalu. Punca kematiannya masih dalam siasatan.
Mendiang dilaporkan kembali memeriahkan dunia seni sebelum dilapor pernah terlibat dalam kes percubaan membunuh diri, sehingga dikejarkan ke hospital, sekitar Mei lalu.
Terdahulu menerusi entri terkininya di Instagram, bintang itu ada berkongsi sekeping foto pada Sabtu dengan merakamkan aksinya di katil dengan kapsyen, “Selamat Malam”.
Sumber: BBC News
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Sangat Bersyukur…”- Pada Usia 47 Tahun, Nora Ariffin Selamat Timang Cucu Pertama, Tahniah!

Penyanyi, Nora Ariffin berkongsi berita gembira apabila cucu pertamanya telah selamat dilahirkan pada petang Rabu.
Lalu, penyanyi berusia 47 tahun ini meluahkan rasa syukur atas cahaya mata yang dikurniakan buat anaknya, Mohd Syakir Iman.
“Subhanallah….MasyaAllah…Alhamdulillah…Segala puji hanya bagi Allah.I am sooooo happy dan rasa sangat bersyukur diatas kurniaan ini. Happy.
“Hanya Allah yg tahu. Hari ni 26 Ogos hari bersejarah.
“Pa….kita dah dapat cucu dah.Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat.
Baby selamat, sihat, semangat, cute & mcm iman.Sama macam kita sambut Iman dulu.
“Congrats to my dearest son Syakir Iman & Putri Eilya Sofea.
@mosyi.johan @eilyasofea A new day has become.,
“Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga
Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah,
Di samping itu, Nora mendoakan agar cucu pertamanya itu menjadi seorang anak yang soleh.
“Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri & kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami. Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat.
“Allahuakbar….Allahuakbar..Wan….happy dan sangat teruja. Wan nak Ayden jadi anak yg baik & soleh ye mcm arwah atok…Johan Nawawi.
“Tq to all the staff frm HUKM yg sgt membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eliya Sofea.
Tq sooo much to everyone for the wishes, doa & love.Welcome AYDEN JOHAN to the new world.
“Al- fatihah buat Johan Nawawi & Syakir Alif We Miss you so much.,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Foto: Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Warna Gigi Manusia Ada 2 Jenis,”- Swafoto Bersama Fazura, Gigi Tiz Zaqyah Pula Jadi Ejekan Netizen, Apa Motif?

Pelakon Tiz Zaqyah telah memuat naik sekeping foto di Instagram yang melihatkan dia berswafoto bersama Nur Fazura.
Namun, gambar tersebut telah dijadikan sebagai ‘bahan’ ejekan netizen apabila gigi Fazura jauh lebih putih dan bersih berbanding Tiz.
View this post on InstagramIt was good seeing you beautiful ♥️ catch up soon ?
A post shared by TIZ ZAQYAH RAZAK (@tiz.zaqyah) on
Susulan itu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai mengenai gambar tersebut.
Aduhai! Tiz hanya berkongsi gambar bersama Fazura untuk dijadikan memori, tapi lain pula yang netizen fokus.
Foto : Instagram Tiz Zaqyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
15 Tahun Hidup Harmoni, Fauzi Nawawi; “Kebahagiaan Tak Perlu Dikongsi Kerana Tak Semua Orang Suka Kita Bahagia.”

Pelakon Fauzi Nawawi kembali merakam memori indah bersempena dengan ulang tahun ke-15 perkahiwnannya bersama aktres, Lisdawati.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Fauzi membuat coretan indah sambil menyifatkan kebahagiaan perkahwinan yang dibina tidak perlu terlalu dikongsi.
“09-09-2007. Tarikh Aku terima nikah. Semalam masuk tahun ke-15 kami bersama dalam macam- macam situasi suka duka dan bahagia.
“Kebahagiaan tak perlu dikongsikan kerana tak semua orang suka kita bahagia. Derita dan kesusahan tak perlu diceritakan kerana akan bertambah ah penderitaan.
“Di zaman ini tak perlu kita beritahu apa yang kita ada dan apa yang kita Miliki,” tulisnya.
Fauzi pada masa sama memilih untuk menjalani kehidupan bekerluarga secara sederhana apa adanya.
“Hidup biasa-biasa sudah, yang penting pasangan kita bahagia dan memahami. Sorry sweetheart @lisdawati15, tak sempat nak ucap apa-apa dan hadiah kan apa-apa.
“Jadual masing-masing tak mengizinkan untuk spent time sama. Insyaallah Semoga hubungan ini sentiasa ALLAH berkati. Luv u sayangku @lisdawati15 take a good care,” tulisnya.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI