Goo Hara Ditemui Mati, Kongsi Foto Terakhir Di IG Ucap “Selamat Malam”…

Share

Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Goo Hara ditemui mati di kediamannya di Cheongdam-Dong, lapor pihak berkuasa, sekitar jam 6.00 pagi waktu tempatan.

Bintang berusia 28 tahun itu sebelum ini sinonim sebagai bekas anggota kumpulan k-pop, Kara yang disertainya sejak 2008 lalu. Punca kematiannya masih dalam siasatan.

Mendiang dilaporkan kembali memeriahkan dunia seni sebelum dilapor pernah terlibat dalam kes percubaan membunuh diri, sehingga dikejarkan ke hospital, sekitar Mei lalu.

Terdahulu menerusi entri terkininya di Instagram, bintang itu ada berkongsi sekeping foto pada Sabtu dengan merakamkan 

aksinya di katil dengan kapsyen, “Selamat Malam”.

Sumber: BBC News

Published by
MH