Menerusi entri terkini Ummi Nazeera, pelakon jelita ini berkongsi tips yang diamalkan setiap kali menyuntik vaksin untuk anaknya.
Ulas Ummi, dia dan suami akan cuba mengalihkan tumpuan dengan bermain sebelum, semasa dan selepas cucuk.
“Yay! Done with pneumococcal vaccine.. Alhamdulillah @ayra.aneesah good girl. ?? Tak nangis.. Pandai daddy @izzar and Dr. Bahrin layan Ayra.. Thank youuu.
“Siapa ada tips supaya anak tak menangis masa vaccine? Kalau Izzar dengan Ummi.. Kitorg distract dia SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS Cucuk. Main main dengan dia jeee.. Jom kita buat #VaccineChallenge.”
Netizen turut berkongsi pengalaman sewaktu mengambil suntikan vaksin untuk anak masing-masing.
Foto – Instagram Ummi Nazeera