Rancangan Running Man (RM) sememangnya menjadi ‘favourite’ ramai khususnya golongan muda di Malaysia. Bukan sahaja ia lucu dengan gelagat pesertanya tetapi juga kadang-kadang terselit juga mesej-mesej penting di dalamnya.
Dalam pada itu, MH juga cukup suka dengan pasangan ‘Ace Couple’ dalam RM ini iaitu Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook di mana jika kedua-duanya bergabung tenaga, tentu peserta lain ketakutan.
Jika dahulu, Ji-hyo sering digosipkan dengan Gary sebagai pasangan ‘Monday Couple’ tetapi kini setelah Gary berhenti dari RM dan berkahwin, dia kini digandingkan dengan Kim Jong-kook pula.
Baru-baru ini, peserta RM juga turut meragui hubungan Ji-hyo dan Jong-kook apabila ada portal berita yang sering mengaitkan mereka berdua seolah-olah berhubungan di dalam rancangan tersebut.
Namun, apabila ditanya…kedua-dua mereka hanya berdiam diri dan tersenyum penuh makna sahaja. Oleh itu, MH nak kongsi momen-momen comel pasangan ‘Ace Couple’ ini di dalam RM.
1. Bila Jong-kook memeluk Ji-hyo setelah menarik tanda nama Ji-hyo
2. Saat Jong-kook melindungi Ji-hyo
3. Bila mereka satu team sebagai ‘chaser’
4. Pelukan kemenangan apabila ‘Ace Couple’ memenangi episode Sherlock
5. Saat Jong-kook membantu Ji-Hyo yang ketakutan
6. Saat Ji-hyo dan Jong-kook bergelak tawa bersama
Sumber: Soompi