Selepas menerima reaksi pelbagai pihak sekaligus menghormati persepsi masyarakat, pihak penganjur ‘Konsert Goyang Adia Koplo Milenia’ memilih untuk melakukan penjenamaan semula kepada ‘Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur’, yang dilihat lebih universal.
Pengarah Projek Mission Sight Sdn. Bhd, Riezman Khuzaimi berkata, penjenamaan semula konsert yang dijadualkan pada 30 September depan dilihat mampu menangkis stigma segelintir pihak terhadap genre ditonjolkan.
“Belum pun bermula, konsert mega yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam telah menjadi sasaran kritikan mereka yang sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap irama dangdut.
“Demi membuang persepsi masyarakat dan menghormati semua pihak, Konsert Goyang Asia Koplo Milenia telah dijenamakan semula kepada Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur.
“Pihak kami sedar apabila disebut dangdut koplo sudah pasti ada yang menyangka kemunculan barisan penyanyi nanti disertai tarian seksi, namun itu semua sekadar tanggapan,” katanya.
Riezman turut menambah, sebagai penganjur yang bertanggungjawab, setiap penyanyi terutama dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-kelepek dan Rheyna Morena juga diingatkan tentang garis panduan persembahan.
“Sejak awal lagi mereka tiada masalah mengikuti ketetapan dan menghormati garis panduan bukan hanya pada persembahan, bahkan meliputi penampilan pada malam tersebut.
Ads
“Sebagai penggiat seni, Mission Sight lebih teruja menonjolkan seni di dalam muzik itu sendiri tanpa membawa elemen negatif sepertinya tanggapan pihak tertentu.
“Kami hanya menjual irama dan lagu, bukan unsur negatif tarian dan gelek lucah macam tuduhan dilemparkan ketika pengumuman konsert ini,” katanya lagi.
Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur turut dimeriahkan kemunculan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina dan Ani Maiyuni selain empat bintang dari Seberang itu.
Ads
Lebih menarik, penganjur memutuskan untuk melakukan penjualan tiket pada harga rahmah bersempena bulan kemerdekaan menerusi potongan diskaun sehingga 50 peratus.
“Ini adalah konsert pertama Mission Sight yang sebelum ini berpengalaman luas dalam penganjuran acara serta festival mega.
“Kami ingin berkongsi kemeriahan dengan membuka peluang kepada lebih ramai penggemar muzik menikmati genre dangdut, selain memberi potongan 50 peratus bersempena bulan kemerdekaan.
Ads
“Harga istimewa ini turut ditawarkan kerana kami merancang mengadakan konsert untuk malam ke dua dan jika terlaksana kemungkinan artis sensasi seperti Baby Shima dan beberapa artis lain dapat tampil.
“Lebih membanggakan, konsert ini juga mungkin akan mencatat sejarah dan diabadikan dalam Malaysia Book of Records, sekiranya tiket habis terjual,” katanya.
Malah, konsert tersebut juga bakal dimeriahkan dengan Festival Muzik Milenia selama tiga hari berturut-turut di perkarangan Stadium MBSA Shah Alam bermula 29 September hingga 1 Oktober 2023.
Antara pertandingan yang melibatkan lima negara Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan Thailand di festival itu adalah pencarian Raja dan Ratu Dangdut Asia, pertandingan tarian dan cabaran One Minutes Challenge.
Tiket mengikut zon sudah boleh didapati di laman sesawang ticket2u.com yang menawarkan harga terkini bermula dari RM240 (VIP Koplo), RM134 (Asyik), RM89 (Rindu) hingga ke zon berdiri (RM50).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak menafikan dirinya turut terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu, penyanyi Bob Yusof, 40, akui apa yang dilalui menjadi satu pengalaman paling berharga sepanjang bergelar anak seni.
Meskipun perit, Bob bagaimanapun bersyukur kerana dapat menempuh fasa tersebut dengan hati terbuka, meski ada ketikanya dia ‘sesak’ untuk mencari pendapatan dalam tempoh berkenaan.
“Saya percaya ramai yang terkesan dengan apa sudah dilalui. Ada yang hilang pekerjaan, mengalami tekanan perasaan dan ada juga rumah tangga bergoncang kerana hilang pendapatan dan sebagainya.
“Tapi saya bersyukur kerana dapat melalui fasa getir berkenaan dan tidak terperangkap dengan emosi sendiri. Harapnya dengan keadaan semasa yang semakin baik sekarang, semua orang mampu membina semula kehidupan yang lebih baik,” kata Bob.
Menurut Bob, dia paling tidak dapat melupakan situasi tidak dapat pulang beraya di kampung halaman di Limbang, Sarawak sejak dua tahun lalu, sekaligus tidak berpeluang menziarahi pusara ibunya dalam tempoh berkenaan.
“Baru-baru ini saya ada pulang ke kampung di Limbang tapi masih tidak dapat ke pusara ibu memandangkan belum dibenarkan menziarahi kerana kawasan tersebut menjadi pusara untuk mangsa Covid-19.
“Saya memang sedih tapi reda dengan keadaan tersebut. Tak apalah, saya kirimkan sahaja doa bagi mengubat kerinduan yang tak berpenghujung,” katanya.
Mengubat segala kedukaan yang dilalui, Bob kini tampil dengan single Beribu Rasa, ciptaan Ajai dan lirik oleh Slen Fadzil. Ia merupakan simbolik kepada dirinya yang berjaya melepasi segala kekalutan setelah mengharungi tempoh sukar sebelum ini.
“Kita tak boleh bersedih dan kena bangkit daripada segala masalah. Saya anggap dengan terhasilnya lagu ini akan mengubat rindu peminat dan dalam masa yang sama menjadi semangat kepada saya untuk terus maju dalam bidang seni.
“Sebenarnya tema yang dipilih juga kena dengan situasi semasa. Ada segelintir lelaki putus cinta dan ditinggal kekasih tapi masih juga mahukan orang yang sama. Itu yang diangkat dalam lagu ini,” katanya lagi.
Beribu Rasa adalah terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan lagu ini diedarkan oleh Univesal Music, turut boleh didengari di semua platfrom muzik digital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bob Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kedatangan bulan Ramadan juga turut dinanti-nantikan oleh kanak-kanak yang pastinya teruja untuk menyambut sambutan lebaran selepas 30 hari berpuasa.
Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata yang semakin membesar, penyanyi Ayu Damit, 33, mempunyai cara tersendiri dalam mengajar anaknya untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu.
Penyanyi lagu Hanya Di Mercu itu memperuntukkan ganjaran RM10 sehari sekiranya anak-anak berjaya berpuasa penuh pada hari tersebut.
“Tahun ini anak bongsu saya dah mula belajar berpuasa… untuk support dia, saya berikan ganjaran RM10 untuk satu hari dia berpuasa penuh.
“Hari pertama puasa Alhamdulillah dia puasa penuh tapi masuk hari kedua mungkin sebab dia bersekolah, dia hanya berpuasa separuh hari sahaja.
“Kalau separuh hari, saya bagi separuh untuk dia… dan disebabkan dia rasa sikit, jadi dia cuba bersungguh-sungguh untuk terus berpuasa penuh hari-hari berikutnya.
“Saya memang train anak-anak macam itu supaya mereka rasa bersemangat nak berpuasa dan ‘ganjaran’ wang itu saya akan beri pada malam raya nanti,” kata Ayu ketika ditemui Media Hiburan pada majlis iftar anjuran Kamya Glow yang diadakan di Villa Zamara, Sungai Penchala, Selangor pada Rabu.
Hasil perkahwinan dengan suami, Syed Fauzi, Ayu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 13, Sharifah Alya Aryana, 10, dan Syed Aqif Najmi yang kini berusia tujuh tahun.
Dalam pada itu, Ayu turut berkongsikan keseronokan apabila sudah dapat berbuka puasa di luar setelah dua tahun ‘terkurung’ disebabkan pandemik Covid-19.
“Sambutan puasa tahun ini agak luar biasa sebab dah dua tahun tak dapat berbuka puasa di luar.
“Tahun ini Alhamdulillah dapat berbuka dengan kawan-kawan yang lain serta dengan anak-anak yatim.
“Ini perkara yang kita rindukan selama dua tahun ini… walaupun dah bebas bergerak kita mesti sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ayu Damit
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!