Arab Saudi bakal menyertai pertandingan ratu cantik berprestij Miss Universe buat kali pertama dalam sejarah negara tersebut.
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram, Rumy mengumumkan penyertaannya di laman media sosial tersebut dalam satu hantaran yang menampilkan dia memakai gaun labuci perak dengan selempang tertera perkataan Miss Universe Arab Saudi dan juga bendera negara itu.
“Saya berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam Miss Universe 2024. Ini adalah penyertaan pertama Arab Saudi dalam pertandingan Miss Universe,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Dilahirkan di Riyadh, wanita berusia 27 tahun ini merupakan graduan pergigian dan fasih berbicara dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis.
Ads
Dia dijangka bakal berentap dengan wakil negara lain dari seluruh pelusuk dunia pada 18 September akan datang bertempat di Mexico di mana Sheynnis Palacio, Miss Universe 2023 bakal menyerahkan takhtanya kepada juara baharu.
Imbas kembali latar belakang Rumy dalam pertandingan ratu cantik, dia bukanlah wajah baharu. Sebelum ini dia pernah mewakili Arab Saudi di pertandingan Miss Global Asian, Miss Arab Peace dan Miss Europe.
Pada Februari 2024, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) melantikny sebagai Duta Muhibah untuk menjadi suara menentang keganasan yang dikenakan kepada wanita dan gadis.
Ads
Selain itu, dia juga telah dijemput sebagai penceramah ucaptama kepada Sidang Kemuncak Dunia ke-7 mengenai Hak Asasi Manusia 2024 di Geneva.
Penyertaan Rumy dalam pertandingan ratu cantik terkenal ini dilihat sebagai salah satu hasil dari reformasi yang sedang dilakukan pemerintah Saudi Arabia, Putera Mahkota Mohamad Bin Salman.
Ads
Beliau telah menerajui rancangan Vision 2030 yang bertujuan untuk membawa pembaharuan sosial dan ekonomi ke Arab Saudi
Di bawah pemerintahannya, wanita kini dibenarkan memandu, menghadiri acara sukan awam dan konsert bersama lelaki serta mendapatkan pasport tanpa kelulusan penjaga lelaki.
Kerajaan itu juga telah menarik balik larangannya ke atas pawagam dan menggalakkan acara bercampur jantina, menandakan perubahan ketara daripada norma masyarakat setempat sebelum ini yang lebih tradisional.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan penyanyi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Ernie Zakri dan Syamel telah melangsung majlis resepsi pada Sabtu malam.
Menerusi laman media sosial rasmi Ernie telah memuat naik beberapa keping foto momen majlis resepsi tersebut yang diadakan di Bayswater, KLCC.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengenakan busana gaun putih kembang ciptaan daripada pereka fesyen terkenal, Amaze.
Manakala Syamel nyata tampak segak mengenakan sut lengkap berona hitam, ciptaan Shanell Harun.
Majlis resepsi pasangan dua sejoli ini turut dihadiri oleh rakan selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hael Husaini, Nabila Razali, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.
Imbas kembali, pasangan ini telah sah bergelar suami isteri pada 25 Mac lalu.
Foto: Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Dayana Roza telah selamat bergelar tunang kepada usahawan, A’dale Adham Ayahudin.
Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin mengikat tali pertunagan dalam sebuah majlis penuh meriah di Damai Glasshouse, pada Rabu.
Di samping itu, bintang drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf ini memaklumkan akan melansungkan majlis perkahwinan pada penghujung tahun ini.
“Kalau boleh majllis perkahwinan nak langsung secepat mungkin sebab datuk A’dele tak berapa sihat. Jadi adalah lebih baik untuk dipercepatkan, insya-Allah.
“Jadi kami rancang untuk adakan majlis perkahwinan pada pertengahan Disember, moga dipermudahkan,” jelas Dayana yang turut lega kerana majlis pertunangannya hari ini berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.
Dalam pada itu, Dayana turut berkongsi detik manis perkenalan bersama tunang tersayang.
“Saya berkenalan dengan dia kira-kira 6 tahun yang lalu dan pada mulanya kami hanya berkawan biasa sahaja.
“Bagaimanapun, selepas 2 tahun kami mulai rapat dan dia ada ajak saya kahwin. Cuma pada ketika itu, saya tolak lamarannya.
“Tapi inilah dikatakan jodoh…Sebenarnya sepanjang kami berkawan kami ada juga bergaduh tapi dia tak putus asa untuk tawan hati saya.
“Lalu atas nasihat ibu juga, kami mulai berkawan. Sikapnya yang tidak putus asa juga buat saya cair,” akuinya lagi.
Pada majlis berkenaan, pelakon berusia 29 tahun itu telah menerima lima dulang hantaran berbalas tiga.
Sekitar majlis pertunangan Dayana Roza & Adale
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, August 5, 2020
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon era tahun 80-an, Noorkumalasari telah berkongsi pengalaman hidup yang dilalui dirinya sepanjang bergelar sebagai seorang anak seni.
Menerusi rakaman video yang dikongsi laman media sosial YouTube, Noor akui tidak mudah untuk dirinya kembali ke dunia lakonan.
“Suruh Kak Noor berlakon balik? Allah tu tak bukalah pintu hati Kak Noor untuk berlakon dah mungkin itu satu permintaan Kak Noor.
“Dulu Kak Noor ada juga terfikir untuk berlakon tapi bila fikir balik nanti nak kena ‘make-up’ balik, kita nak sembahyang di awal waktu, nak solat lepas tu macam mana kan? Tak akan nak bagi krew tunggu kita kan? Tunggu tu seumpama kita membazir duit dia pula.
“Lepas tu kita pula sembahyang tiap-tiap waktu ke masjid tak akan nak keluar cari masjid tu pun dah makan masa jadi bila fikirkan macam tu baik tak payahlah.
“Duit dan rezeki itu datang dari Allah, kita kena yakin benda tu yang rezeki tu datang dari Allah,” katanya.
Tambahan lagi, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hati Seorang Kekasih itu berkata dia berubah kearah kebaikan kerana mahu menjadi seorang hamba yang taat kepada perintah Yang Maha Esa.
“Fikirkan mati ni, cara kita mati tu macam mana walaupun kita sembahyang lima waktu belum tentu saat yang Allah nak cabut nyawa kita tu macam mana keimanan kita, itu saya paling takut,” katanya menerusi rakaman video tersebut.
Untuk rekod, Noor pernah memenangi Anugerah Sepanjang Hayat di Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2017.
Video : YouTube Zeel Production
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...