Pelakon dan pengacara, Ain Edruce memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa meninggalkan program televisyen, Melodi pada saat-saat akhir selepas mendapat perkhabaran tentang anaknya, Soraya yang diserang sawan pada Ahad.

Menurut Ain, anaknya itu sudah pun mengalami simptom demam yang agak teruk sejak tiga hari lalu namun, keadaannya dikatakan sudah menunjukkan perubahan positif pada sebelah pagi.

“Cerita hari ini, Soraya sudah demam tiga hari. Dalam pukul 4 pagi tadi, demam dia naik 40. Dah bagi ubat pun tak surut-surut tapi dia macam penat sangat dia tidurlah.

“Saya pun tak nak kacau dia. Dalam pukul 10.30 pagi tadi, dia bangun tidur macam happy dah. Hati aku pun tenanglah, aku make up pegi Melodi tadi,” tulisnya.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh Ain menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Ads

Bagaimanapun, Ain akui tersentak apabila mendapat panggilan telefon mengenai anaknya yang terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Bila dah sampai set semua dan dah rehearse dengan Abang Bell Ngasri semua dapat call yang Soraya masuk hospital.

Ads

“Selepas itu, aku try call Amirul balik, dia kata Soraya sawan. Gugur jantung aku. Dengan nak start Melodinya. Tuhan je tahu perasaan aku macam mana,” kongsinya lagi.

Lantaran itu, Ain terpaksa bergegas pulang untuk berada di samping anaknya itu.

Ads

Bagaimanapun, Ain memaklumkan keadaan Soraya sudah kembali stabil namun, masih lagi dalam pemantauan pihak hospital.

“Terima kasih team Melodi dan terima kasih Abang Bell jadi penyelamat Ain.
Sorry semua tak dapat buat Melodi tadi.

“Alhamdulillah Soraya okay. Demam dia tadi check masih tinggi. Doakan dia sihat tahu,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI