Guna Gerak Hati, Tahniah! Ippo Hafiz Bakal Berkahwin 24 Ogos Depan Dengan Gadis Cantik Ini

Share

Penyanyi, Ippo Hafiz bakal mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos depan dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Fara Roslan.

Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz berkata, dia kini sudah bersedia untuk bergelar suami dan sebanyak 70 peratus persedian perkahwinan sudah pun dilakukan.

“Alhamdulillah, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mendirikan rumah tangga.

“Lagipun hampir tiga tahun saya jadi seorang bapa dan mempunyai sorang anak angkat, Amanda,” kata Ippo kepada MH. 

Kongsi penyanyi berusia 30 tahun ini lagi, dia memilih Fara sebagai teman hidup kerana yakin dengan nalurinya (instinct).

“Dia (Fara) antara orang yang faham kerja saya sebagai seorang penyanyi. Perasaan saya juga kuat berkata bahawa she’s the one.

“Saya yakin dia juga boleh jadi seorang isteri dan bakal ibu yang hebat kepada anak kami nanti. Insyaallah, ” jelas Ippo lagi.

Tambah Ippo lagi, dia mula mengenali Fara pada akhir tahun lepas.

“Mula-mula masa kenal kami hanya berkawan macam biasa sebab kami ada Whatsapp group dalam sukan badminton.

“Kami mula rapat masa pengambaran untuk muzik video Saat Bahagia, dari situ kami mula mengenal dengan lebih mendalam,” kongsinya jujur. 

Terdahulu, Ippo bersama keluarganya bertandang ke rumah Fara di Setia Alam, Selangor untuk majlis merisik pada 12 Mac lalu.

Foto : IG Ippo Hafiz

Published by
Amynur Akmal