“Gunakan Senyuman Ubah Dunia,” – Genap Seminggu Ibu Ke Rahmatullah, Issey Tetap ‘Gagah’ Ukir Senyuman

Share

Meski pemergian bonda tercinta sudah tujuh hari berlalu, hos dan penyampai radio,Issey Fazlisham kekal dilihat ‘gagah’ mengukir senyuman.

Perkara itu dikongsikan anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan menerusi Instagramnya.

“Hari ni dah 7 hari Ma pergi. Saya nak mintak maaf sebab tak sempat reply ucapan takziah, di insta, fb, dan di whatsapp.

“Terima Kasih semua. Tapi sangat hargai setiap ucapan. Kita yang hidup pun akan ke sana juga nanti.

“Use your smile to change the world, dont let the world change your smile,” tulis Issey sambil disertakan senyuman.

Terdahulu, Issey berkongsi beberapa gambar kenangan bersama arwah.

Sementara itu, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buat Issey selain mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

 

Terdahulu Allahyarhamah Asih Haron, 62 tahun selamat dikebumikan di Batu 11, Kerteh, Kelantan selepas selesai Isyak. 

Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Foto : Instagram Issey

Published by
MH