Berkongsi pengalaman menjaga anak Disleksia, jelas Datin Seri Shahida, anak kedua, Qadejah disahkan alami gejala terbabit sewaktu berusia enam tahun.

Lambat membaca, sering menulis secara terbalik dan pakai kasut terbalik, isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan anaknya semakin pulih selepas banyak usaha dilakukan dengan menghantar ke pusat latihan tertentu.

“Qadejah ni umur 6 tahun cikgu sekolah detect dia ada DISLEKSIA…atas nasihat cikgu saya bawa dia pergi buat test dan mmg dia ada disleksia….dia lambat membaca dan selalu tulis terbalik,pakai kasut pun terbalik.

“Alhamdulillah byk usaha saya antaranya hantar belajar di Pusat Disleksia,ambik Guru Khas ajar di rumah dan bawa pergi latihan ‘Brain Gym’.

“Alhamdulillah sekarang dia sangat pandai membaca lancar dan petah berkata2….suka melukis dan cergas dan sigap orang kata!” jelasnya.

Bekas anggota Solehah ini turut berkongsi beberapa perangai unik yang dilakukan Qadejah antaranya menggunting rambut sehingga pendek dan mencampurkan susu dengan losyen.

Ads

“Dulu saya stress dgn qadejah sebab perangai dia berbeza dgn ammar… perangai nya pelik2……ada ada je benda dia buat hari2 dari kecik lagi!!Antara benda yg saya ingat :-

1.Umur 3 tahun dia kunci pintu bilik dari dalam dan ambik gunting dan di gunting rambut dia sendiri sampai pendek sebab dia nampak baem potong rambut!!

2.Dia ambik susu dalam peti ais dan dia campurkam dengan losyen badan dan dia masukkan balik dalam kotak susu tu…nasib yg minum tu x mati.

Ads

3.Dia ambik plastik dia buat lobang kecik2 dan masukkan asamboi merah pastu dia letak air dan dia titikkan satu rumah.

4.Yang terbaru dia masak telur senyap2 pastu tak tutup api sampai pecah tingkap kaca kat atas tu dek terlalu panas nasib baik ada staff nampak!” tambahnya lagi.

Namun walaupun begitu, anak perempuannya itu sangat rajin dalam membantu orang, malah seorang yang peramah.

Ads

“Ini budak x ada perasaan kena marah kena cubit ke dia tak nangis pun….muka dia slumber je!! Tapi bab rajin No 1 x ada orang boleh lawan dia!!! Paling baik layan orang!!ramah dan disenangi,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Qadejah ni umur 6 tahun cikgu sekolah detect dia ada DISLEKSIA…atas nasihat cikgu saya bawa dia pergi buat test dan mmg dia ada disleksia….dia lambat membaca dan selalu tulis terbalik,pakai kasut pun terbalik…Alhamdulillah byk usaha saya antaranya hantar belajar di Pusat Disleksia,ambik Guru Khas ajar di rumah dan bawa pergi latihan ‘Brain Gym’.Alhamdulillah sekarang dia sangat pandai membaca lancar dan petah berkata2….suka melukis dan cergas dan sigap orang kata!! . Dulu saya stress dgn qadejah sebab perangai dia berbeza dgn ammar… perangai nya pelik2……ada ada je benda dia buat hari2 dari kecik lagi!!Antara benda yg saya ingat :- . 1.Umur 3 tahun dia kunci pintu bilik dari dalam dan ambik gunting dan di gunting rambut dia sendiri sampai pendek sebab dia nampak baem potong rambut!! 2.Dia ambik susu dalam peti ais dan dia campurkam dengan losyen badan dan dia masukkan balik dalam kotak susu tu…nasib yg minum tu x mati😬😬 3.Dia ambik plastik dia buat lobang kecik2 dan masukkan asamboi merah pastu dia letak air dan dia titikkan satu rumah 4.Yang terbaru dia masak telur senyap2 pastu tak tutup api sampai pecah tingkap kaca kat atas tu dek terlalu panas nasib baik ada staff nampak!! . ini budak x ada perasaan kena marah kena cubit ke dia tak nangis pun….muka dia slumber je!! Tapi bab rajin No 1 x ada orang boleh lawan dia!!! Paling baik layan orang!!ramah dan disenangi….

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Sekadar imbasan, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudah Arshiyah serta seorang anak angkat.

Foto : Instagram Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI