Bakal membuat persembahan menerusi lagu asal Khai Bahar yang berjudul 123 pada program Gegar Vaganza 6 (GV6) minggu hadapan, Naqiu mengakui dirinya perlu melakukan persiapan, seterusnya cuba untuk lari dari zon selesa.
Katanya, dia akan cuba untuk memberikan kelainan, menampilkan sisi berbeza dalam saingan minggu ketiga yang mengetengahkan tema ‘Aneh-Aneh’.
“Perkara pertama terlintas di fikiran apabila tersiar lagu yang bakal saya nyanyikan ialah peminat akan tengok sisi berbeza saya.
“Memandangkan sebelum ini saya sering persembahkan lagu ‘jiwang’. Kali ini bawa lagu rentak rancak, kena ‘twist’ diri saya jadi lain,” katanya yang menggungguli minggu kedua konsert dengan mengumpul markah tertinggi sebanyak 81.00 peratus.
Memberi persembahan memukau menerusi lagu Meraung (dendangan asal kumpulan NewBoyz) sekali gus mendapat pujian juri, pemilik nama lengkap Wan Naqiuddin Mohd Najib ini juga tidak menafikan untuk mengekalkan momentum bukanlah suatu hal senang.
“Minggu pertama saya di kedudukan kelapan dan minggu ini di tempat teratas. Saya syukur meski jujurnya pada peringkat awal saya takut dan tertekan.
Ads
“Saya risau andai buat kesilapan di mana-mana ketika membuat persembahan dan pada masa sama, tak mahu ada yang membanding-bandingkan saya dengan penyanyi asal.
“Untuk kekalkan momentum ialah perkara yang paling sukar dan harapan peminat juga sudah tinggi. Saya cuba berikan yang terbaik baik untuk juri dan peminat yang menyokong,” azam Naqiu.
Berkongsi mengenai perkembangan media sosialnya pula, bintang berusia 33 tahun itu terkejut kerana jumlah pengikutnya di platform di Instagram meninggkat secara mendadak.
Ads
“Pada minggu pertama, sejurus konsert bilangan pengikut meningkat kepada 10,000 dan sehingga ke hari ini, bilangannya kian bertambah…cecah 30,000.
“Saya tak percaya sebenarnya kerana saya anggap diri ini ‘kecil’, berada dalam industri pun sekejap sangat…tak sampai 10 tahun pun kalau nak dibandingkan dengan senior lain.
“Tiba-tiba bilangan pengikut Instagram naik mendadak jadi saya terkejutlah. Apa pun saya hargai sangat.
Ads
“Rupanya masih ada mereka yang masih ingatkan saya,” luah Naqiu yang berazam untuk terus kekal berkarya dalam seni selepas ini.
Terdahulu, Mazleela diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir, selepas mengumpul markah paling rendah dalam kalangan 12 peserta lainnya.
GV6 yang disiarkan secara langsung di Astro RIA dan Ria HD dari Wisma Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Sementara, Datin Paduka Julie Sudiro pula diundang sebagai juri jemputan minggu kedua saingan.
Foto: Instagram Naqiu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Cantik menawan saat bergelar raja sehari, penampilan Zahirah MacWilson disempurnakan dengan menggayakan busana hasil sentuhan pereka fesyen, Teh Firdaus.
Lebih menarik, bintang jelita itu turut ditatarias set barangan kemas dari Hearts On Fire dari Habib Jewels yang bernilai lebih kurang RM1,000,000.
Nah, ini dia perincian mengenai set barangan kemas yang dimaksudkan.
Berlian paling sempurna dengan membentuk pantulan cahaya maksimum. Cincin berlian yang diikat dengan emas putih 750. Cincin eksklusif ini turut dipenuhi dengan 7 butir berlian seberat 0.33 karat.
2. Cincin berlian Hearts On Fire dari koleksi Aerial bertatahkan 82 butir berlian seberat 0.9 karat mempunyai reka bentuk yang sangat unik.
3. Rantai tangan 3 baqrisan berlian dari koleksi Copley Hearts On Fire menyerikan lagi pergelangan tangan pengantin perempuan pada malam itu.
4. Rantai leher dari koleksi Aerial bertatahkan 750 butir berlian berbentuk ‘teardrop’ mempunyai berat lebih dari 22 karat nyata menyempurnakan busana indah yang dipakai Zahirah.
5. Ini cincin berlian berbentuk ‘pir’ dipenuhi dengan berlian 1.22 karat.
6. Cincin perkahwinan ‘eternity’ dari Hearts On Fire pasti menjadi peneman sempurna buat pengantin wanita, malam tadi.
Sementara itu, solekan wajahnya ditataris oleh jurusolek terkenal, Bosco Ryzal. Manakala Aiman Hakim, yang juga pemilik cafe Bakersfellas di Ara Damansara itu pula selesa memilih persalinan baju Melayu rekaan Cosry.
Semakin bulat dan comel. Itu yang dapat diungkap apabila menatap foto Adithya Jabbar iaitu permata hati kesayangan gitaris, Rody Kristal dan penjaga gol kebangsaan Niena Azman.
Genap tiga bulan pada hari ini, Adithya dilihat semakin membesar dengan sihat dan baik.
Jadi, jom lihat transformasi Adithya yang dilahirkan secara normal ini.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...