Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, mengakui pentas program Gegar Vaganza ke-8 (GV8) yang disertainya merupakan satu pentas yang cukup besar.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazley memohon maaf kepada peminat yang tidak berpuas hati dengan persembahannya menerusi lagu Asmara Ini yang dibawakan di konsert minggu pertama di GV8, semalam.
Malah dia turut berterima kasih buat semua yang memahami seterusnya berazam untuk memberikan persembahan yang lebih baik minggu hadapan.
Ads
“Wow.. @gegarvaganzaofficial 8 is such a big stage. Rasa macam berdiri di hujung padang bola. Memang nervous habis, sekian lama tidak menyanyi atas pentas besar, hanya menyanyi sambil memasak di dapur.
“Maafkan saya buat mereka yang hampa, terima kasih buat mereka yang memahami. Syukur buat mereka yang masih sudi memberikan semangat.
Ads
“Insya allah, saya akan cuba lebih baik minggu hadapan dengan lagu abang @hasnol Laguku Untukmu,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi satu ciapan di Twitter, Fazley turut memohon maaf selain mengakui emosi kerana terkenangkan anak-anak.
Bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-25 dan tanda penghargaan buat para pelanggan yang setia, Astro dengan berbesar hati membawakan tayangan ‘All Together Now Malaysia’ atau ‘ATNMY’ secara eksklusif di saluran Astro Ria dan platform digital.
Menepati tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’ dan konsep program realiti yang mengangkat semangat muhibah dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia, pentas ‘ATNMY’ bakal dibuka dengan sebuah episod istimewa Astro ke-25 yang dijadualkan untuk bersiaran secara eksklusif pada hari Sabtu, 11 September 2021, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Manakala konsert mingguan selama 10 minggu pula akan mengisi slot hari Ahad, jam 9.00 malam bermula dengan tayangan konsert minggu pertama pada 12 September 2021.
Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, pihakbya bersyukur kerana semuanya telah selesai dan berterima kasih atas penglibatan semua pihak.
“Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat.
“Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami,” katanya menerusi satu kenyataan.
ATNMY adalah sebuah pertandingan nyanyian adaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.
Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.
Selebriti popular, Sherry Al Hadad menggalas tanggungjawab selaku hos pentas utama.
Manakala program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pula dikendalikan oleh gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.
Pengacara, Aswad Jalil dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai ‘hos’ program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Seramai 50 juri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara dan personaliti media sosial telah dilantik untuk mengadili program ini yang diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’.
Nasib para peserta akan diadili oleh barisan 50 juri profesionalberdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah.
Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan penyanyi Aina Abdul yang membuat kemunculan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH), malam ini mencuri perhatian warganet.
Aina bersama ‘glam team’ membuat kelainan dengan hadir menaiki lori lutsinar lalu turun di hadapan pintu utama Istana Budaya.
Lebih unik, Aina turut mengenakan baju blazer saiz gegasi berwarna merah rakaan Behati.
Menurut Aina, dia berasa selesa dengan konsep konsep blazer bersaiz besar bersaiz empat kaki lebar.
“Saya memang selesa dengan konsep blazer bersaiz besar seperti mana yang kerap saya pakai sebelum ini.
“Jadi, kali ini saya mengambil inspirasi daripada konsep itu dan meminta pereka untuk menghasilkan blazer bersaiz empat kaki lebar.
“Bagi saya, ‘go big or go home’. Saya hanya mahu seronok sahaja untuk malam ini dan mengharapkan yang terbaik buat semua yang bertanding,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Aina juga turut berkongsi maksud di sebalik busana yang dipakainya.
“Konsep bunga mawar bagi persalinan kedua pula adalah sebagai rentetan daripada konsep sebelum ini di mana saya memakai busana dengan inspirasi daripada mawar hitam. Kali ini saya memakai busana mawar merah.
“Saya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasilnya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah menempelak tindakan sesetengah pengguna media sosial yang dikatakan memberikan kata-kata sindiran atas posting yang dimuat naik bintang berkenaan.
Alyah, 40 menambah, dia tidak kisah sekiranya kata-kata berbentuk provokasi itu dilontarkan kepadanya pada ruangan lain. Namun, apabila ia ditinggalkan menerusi ruang media sosialnya, hal tersebut dilihat seperti tidak berhemah.
Luahan tersebut dibuat isteri kepada Datuk Ramlis MS itu menerusi satu posting di Insta Story pada Selasa.
“Tak fahamlah orang-orang busuk hati ni. Kita post moment bahagia kita, perkongsian kita, rasa syukur kita. Rasanya tak kacau orang pun.
“Tapi masih juga ada yang masuk IG (Instagram) kita bagi ayat-ayat sindir. Kalau awak caci, maki, hina saya kat ruangan lain, saya memang tak ambil hal.
“Tapi bila awak masuk IG saya dengan teks ayat sindiran yang awak sendiri tak tahu cerita dari awal bermakna awak masuk rumah saya dan buat hal dalam rumah saya.
“Tak kan saya nak diam? Saya mesti simbah air panas orang macam ni. Biar dia tahu adab masuk rumah orang,” tulisnya sambil disertakan dengan emoji ekspresi marah.
Perkara tersebut dipercayai ada kaitan dengan beberapa posting yang dimuat naik penyanyi Meluruh ini melibatkan majlis perkahwinan anak perempuan Ramli hasil perkahwinan terdahulu, baru-baru ini.