GV8 : “Maafkan Saya Buat Mereka Yang Hampa, Terima Kasih Buat Yang Memahami,” – Fazley Yaakob

Share

Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, mengakui pentas program Gegar Vaganza ke-8 (GV8) yang disertainya merupakan satu pentas yang cukup besar.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazley memohon maaf kepada peminat yang tidak berpuas hati dengan persembahannya menerusi lagu Asmara Ini yang dibawakan di konsert minggu pertama di GV8, semalam.

Malah dia turut berterima kasih buat semua yang memahami seterusnya berazam untuk memberikan persembahan yang lebih baik minggu hadapan.

“Wow.. @gegarvaganzaofficial 8 is such a big stage. Rasa macam berdiri di hujung padang bola. Memang nervous habis, sekian lama tidak menyanyi atas pentas besar, hanya menyanyi sambil memasak di dapur.

“Maafkan saya buat mereka yang hampa, terima kasih buat mereka yang memahami. Syukur buat mereka yang masih sudi memberikan semangat.

“Insya allah, saya akan cuba lebih baik minggu hadapan dengan lagu abang @hasnol Laguku Untukmu,” tulisnya lagi.

Sementara itu menerusi satu ciapan di Twitter, Fazley turut memohon maaf selain mengakui emosi kerana terkenangkan anak-anak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH