“Habis Orang Keliling Saya Whatsapp,” – Niat Dipermudah, Isteri Lan Solo Ikhtiar Bantu Jiran Hadapi Musibah Banjir

Share

Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Hassim bersyukur dan berbesar hati apabila inesiatifnya untuk membantu mangsa banjir di kawasan kejiranan berjalan dengan lancar.

Menurut Sheila, pada awalnya dia hanya merancang untuk membantu jiran terdekat, namun setelah membuat tinjauan, dia akui terkesan sejurus melihat ada keluarga yang menerima nasib lebih teruk ekoran banjir kali ini.

“3 hari yang menggembirakan. Betul kata pepatah, ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’. Niat utama nak bantu orang terdekat je dulu untuk dapatkan keperluan pasca banjir.

“Sebab semua sedia maklumkan, banjir datang semasa belum hari gaji dan kebanyakkan diantara kita adalah B40. Kami juga golongan B40 yang terkesan.
BUKAN SOAL DUIT tapi KY (Sheila) dapat rasa kepayahan orang sekeliling juga.

“Bila air surut je, KY dan LS mula pusing-pusing kampung dan tak tau nak gambarkan perasaan bila tengok keadaan rumah mereka yang jauh lebih teruk daripada rumah kami,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan ibu kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Lalu turut menghubungi para kenalannya untuk
mendapat bantuan berupa barangan-barangan asas.

“Then KY terus discuss dengan LS apa nak buat untuk bantu orang-orang terdekat kita ni. YES! Kuasa viral sangt membantu dan sejak hari pertama kami mula buat agihan, tak henti-henti sumbangan masuk. Its not a one man show ye.

“Dgn inisiatif sendiri, habis orang keliling KY wasap dan dm minta bantuan untuk orang kampung KY. Alhamdulillah, Allah sebaik-baik pengemudi segala perancangan.

“Kredit untuk semua volunteer dan orang perseorgn yang menyumbang. Kalian hebat..!,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, Sheila berharap agar bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban buat mereka yang terkesan.

“Untuk warga Kg Sri Aman dan sekitar, gunakan lah bantuan dengan sebaik-baiknya. Ingat orang belakang sama. Tak rugi berbuat baik pada sesiapa sahaja.
Percaya rezeki setiap antara kita tetap ada tapi perlu USAHA.

“Sekali lagi, TERIMA KASIH SUAMI sebab izinkan dan redha dgn idea KY yang pada mulanya nampak macam takkan berhasil. Alhamdulillah. Allah itu maha kaya. Kite berjaya, syukur.

“InsyaAllah, bantuan mangsa banjir akan diteruskan kami akan beritahu bila dan di mana,” akhirinya.

Terdahulu, Lan Solo merupakan antara selebriti yang turut terjejas akibat banjir besar yang berlaku di Puchong, baru-baru ini. Malah kawasan perumahannya difahamkan telah ditenggelami air sehingga ke paras lutut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Sheila Razlan

Published by
Aizam Manaf