Meluahkan rasa gembira kerana sudah selesai tempoh berpantang, pelakon Yatt Hamzah berkongsi berat badannya kini yang sudah turun sebanyak 12kg.
Meski belum berpuas hati dengan pencapaian tersebut, namun pemilik nama penuh Haryati Hamzah bersyukur kerana berat badannya turun
“Ibu berpantang. Hari ni 30 Jan 2020 genap 1 bulan Bonda dan #SuciHawaZulaikha berpantang. Ya Allah, pkl 6.01 ptg nanti genaplah 1 bulan usia Hawa. Sekejapnya, rasa mcm baru je lahirkan dia. Dah sebulan berlalu Mashaallah Alhamdulillah.
“Berat masih belum lg capai target. Baru 12-13kg turun. Ada 6-7 kg nak buang. Dpt 5kg lg pn jadilah. Tapi dah turun 12 kg ni pun syukur Alhamdulillah drp x turun langsung kan.
“Terima kasih sgt2 pd @ashriszspa krn byk bantu Bonda turunkan berat badan dan plg penting bertambah sihat dg rutin berpantang yg disediakan utk Bonda setakat ini. Alhamdulillah sgt berpuas hati.
“Ni baru lepas letak pilis di dahi tp sblm ambil gambar ni tertanggal pula. Tu yg bertepek dahi mcm tu.
“Agak2 ibu2 boleh teka brp berat Bonda skrg dan brp berat masa sebelum melahirkan? Haa siapa terer try teka.. Lena baby Hawa lps kenyang susu. Alhamdulillah,” tulisnya.
Terdahulu, Yatt selamat melahirkan Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember tahun lalu.
Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan anak, Suci Hanania Malika, 8 tahun.
Dia kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4 tahun dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.
Foto : Instagram Yatt Hamzah