Penyampai radio, Ira Mohd Amin ada berkongsi berita duka di akaun Instagram miliknya.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu memaklumkan bahawa kedai rokok elektronik (Vape) milik suaminya telah dirompak, semalam.
“Semalam kedai vape @vaporstreetwizard suami saya @arilthefogclown dirompak. Habis semua disapu bersih.
“Musim PKP ni lah aktiviti mereka berjalan. Besar betul dugaan suami ku.
“After police investigation, he got home, looked at me & smiled. He said, “Saya okay. Benda dah jadi. Saya redha”
“B, Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita,” tulisnya.
Pada masa sama, Ira turut memberi kata semangat buat suami tercinta atas apa yang berlaku.
“Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
“We’re in this together sayang, InshaAllah big things coming your way. For every step thay you take in your life, the kids & I will be right behind you, always with you. Love you Bubu.
“Do contact him via @vaporstreetwizard if you want your vape. supplies ya.
“He’s restocking goods so that bekalan anda tidak terputus. Harap semuanya dipermudahkan,” tulisnya.
Untuk rekod, Ira atau nama sebenarnya Zarith Adzmira Mohd Amin mendirikan rumah tangga bersama Aril Razali pada tahun 2011.
Foto: Instagram Ira Mohd Amin