“Video tersebut sudah lama jalani penggambaran, cuma kita keluarkan balik.”
Demikian jelas usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida susulan ada warganet yang mempersoalkan pemilihan pelakon Ruhainies menerusi kandungan promosi produk di platform media sosialnya.
Malah Aliff turut menafikan dia cuba menagih populariti susulan menggunakan selebriti yang sedang berdepan isu sensasi ketika ini.
“Habistu kalau aku sudah bayar, tak kan nak simpan (video) saja ke? Cuba kalian berada di tempat saya. Bagi saya, jangan campurkan hal lain dengan peribadi. Sebelum ini saya sudah pun bayar dia, jadi tak kanlah nak perap?
“Nak tunggu dia ‘kertu’ umur 80 tahun, rambut beruban dan gigi sudah rongak baru saya muat naik video dia? Cuba fikir. Kadang-kadang ada yang melebih-lebih, tiada perasaan dan jiwa. Saya pun ada perasaan.
“Video tersebut sudah lama dirakam, malah ada juga yang dakwa saya cuba nak tumpang populariti? Populariti apa?,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Terlajak Laris di Glam Hall, Damansara pada Ahad.
Aliff pada masa sama berpendapat, ujian setiap orang juga berbeza-beza dan dia memilih untuk berbuat baik dengan sesiapa sahaja.
Ads
“Bagi saya apa yang berlaku adalah masalah peribadi masing-masing. Macam saya sendiri pun tak tahu, mungkin masa depan akan ditimpa ujian juga dan saya berkawan dengan semua orang.
“Saya pernah bekerjasama dengan Bella Astillah dan begitu juga dengan Ruhainies. Setiap individu ada momen jatuh dan naik. Kita tidak boleh menghakimi sesiapa. Mungkin satu hari ada yang lebih baik berbanding kita pada akhirnya.
“Apa yang berlaku janganlah melibatkan semua orang. Hari ini mungkin hari kita, esok lusa pula tiba masa kita. Siapa tahu?,” katanya lagi.
Sementara itu, bintang filem Badang ini turut mempersoal sikap sesetengah warganet yang dilihat lebih gemar memberi perhatian kepada ‘content’ (kandungan) yang dicipta berbanding hal membabitkan perniagaan.
Ads
“Kamu semua ini pun satu. Aku tak berjoget, kau tak nampak aku. Aku tak terkangkang, kau tak tengok aku. Apa masalah netizen sebenarnya?
“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada monyet, tak ada kera macam kami ini, tak ceria Malaysia. Kamu semua nak tengok gosip, kena bercerai, kena bertumbuk, kena berzina,” katanya.
Malah baginya, ramai pengguna media sosial yang sentiasa ingin melihat kandungan yang bersifat mengaibkan seperti saman, tangkap basah dan sebagainya.
Ads
“Sebenarnya, orang Malaysia ini kalau tak kes apa-apa (kandungan), mereka tak nak tengok. Contohnya, kalau ‘Aliff Syukri melancarkan produk baharu’, ada kau nak tengok?
“Sampai merayu suruh beli, tak ada kau nak tengok. Cuba kalau aku kena panggil dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).
“Cuba kalau aku kena saman RM70 juta? Muka aku di muka depan. Cuba kalau aku kena tangkap basah? Berduyun begini yang tengok,” katanya.
Terkini, Aliff mengumumkan bahawa tahun 2024 menjadi tahun terakhirnya sebagai penyanyi selepas mengambil kira pelbagai pandangan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Linda Rafar sehari lalu ada berkongsi pengalaman menjaga salah seorang anak lelakinya, Syed Rezariiq yang telah pun selamat menjalani proses berkhatan dan sedang dalam tempoh pantang.
Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Rafar, 41, memaklumkan, momen menjaga anaknya itu seperti mengingatkan dirinya sewaktu menjaga arwah Memen di hospital tidak lama dulu.
“Terpaksa Tunda holiday.. Dlm proses menjaga org berpantang sunat.. mcm2 dugaan lepas bersunat ingat sunat x nangis,balik kira dah selesai.
“Rupanyaa balik habis ubat bius trus ngerang nangis.. mama takleh nk tido.. trus terflashback jaga arwah memen masa kat hospital.
“Now still proses berpantang, jaga mkn, minum, bilik xleh sejuk sgt or panas sgt.
“Standby la air,cookies bila tgh mlm mintak mkn, bukan senang ye nk lalui proses ni..lain org lain dugaan.. jom share anak2 yg dlm berpantang sunat.
“Ada x lalui sama mcm linda lalui?? Teka mme satu yg bersunat tu @rezaqiib_ @rezaliif_ @rezariiq68 @syedaiman75 #CQF #SunwayLagoonMy,” tulis Linda.
Terdahulu, Linda mendirikan rumah tangga dengan pelakon Syed Aiman pada Disember 2006.
Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 11, Syed Rezariiq, 8, dan Syed Rezaliif berusia tiga tahun.
Terdahulu, Linda menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman, keduanya dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 18 dan Rezaiman Keiflin yang meninggal pada usia 12 tahun pada 2014.
Foto: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira mengakui berasa amat gembira selepas mendedahkan dia telah berjaya menamatkan serta mengkhatam Al-Quran, baru-baru ini
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, meskipun proses khatam tersebut tepaksa memakan masa selama bertahun, namun dia tetap bersyukur kerana segalanya telah pun dipermudahkan.
Katanya lagi, dia juga sering berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya ketika ingin menghabiskan bacaannya itu.
“Alhamdulillah. Happy moment! Setelah bertahun..akhirnyaaaa. Kali ni mencabar nak selesaikan sebab cuti lebih banyak,” tulisnya.
Rasa teruja itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Erra turut menitipkan ucapan penghargaannya buat guru yang telah pun membimbing bacaannya selama ini.
Malah, Erra turut memaklumkan dia juga sudah tidak sabar lagi untuk memulakan semula bacaannya itu.
“Terima kasih ustaz @8ilal5ujak diatas segala ilmu dan kesabaran mengajar kami. TAHNIAH!! Let’s do this again,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut memberikan semangat buar Erra untuk terus mendalami ilmu mengenai Al-Quran.
“Semoga Allah selalu merahmati kita dengan Al-Quran dan kita istiqomah mendampingi Al-Quran.
“MasyaAllah, beautiful person with beautiful heart.
“Alhamdulillah syukur. Tahniah Sis Erra. Satu kenikmatan bila kita dapat berhkatam Al-Quran. Tenang dan satu kepuasan. Syukur buat kalian semua.
“Alhamdulillah, semoga segala ilmu diberkatinya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Erra kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbaru lakonannya yang berjudul Gerak Khas Undercover.
Gerak Khas Undercover sudah mula bersiaran sejak 1 Oktober lalu di saluran TV3 pada setiap Jumaat jam 10.30 malam.
Selain Erra, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Datuk Aaron Aziz, Salina Saibi, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah mencuri perhatian ramai pada sebuah acara fesyen baru-baru ini apabila dia dilihat tampil mengenakan persalinan busana yang didakwa mencolok mata oleh sesetengah pihak hingga menampakkan lurah pada bahagian dadanya.
Sophia atau nama sebenarnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya menjelaskan bahawa ia adalah persalinan tajaan daripada seorang pereka fesyen.
Hargai Mereka Yang Menegur
Pelakon filem Saka Perawan itu bagaimanapun, meluahkan rasa terima kasih atas setiap teguran yang diterima akan lebih berhati-hati dalam memilih busana yang akan dipakai, selepas ini.
“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini (penampilan seksi) sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan baju ditaja.
“Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang penampilan saya. Saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian,” katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Butik Amber di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Sophia menjadi wajah rakan strategik bagi Amber di bawah Usanita Sdn Bhd yang turut menumpukan perniagaan pada produk kecantikan dan fesyen.
Selain Sophia, pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Nora Danish dan Fattah Amin turut dipilih sebagai wajah rakan strategik bagi jenama tersebut.
Bukan Sengaja Nak Perhatian
Dalam pada itu, Sophia menafikan dia sengaja mencipta kontroversi semata-mata untuk mencari publisiti sebagaimana yang didakwa warganet.
Namun dirinya sedia maklum sebagai selebriti, memang tidak dapat lari daripada menerima kritikan negatif masyarakat.
“Kita tidak boleh elak daripada kecaman orang, ia bukan sesuatu yang baru malah nanti akan ada lagi orang bercakap tentang saya.
“Saya tahu sebagai public figure, kita perlu berdepan dengan kecaman-kecaman ini.
“Saya tidak rasa saya sengaja cetuskan kontroversi, saya hidup macam biasa sahaja tetapi orang memilih bercakap tentang saya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Li Si Xuan, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik di Shenzhen, didapati telah memalsukan kelayakan akademiknya untuk melanjutkan pengajian di Universiti Hong Kong (HKU).Si...