Setiap pasangan yang bersatu dalam ikatan perkahwinan pasti mengimpikan rumah tangga mereka diserikan dengan gelak tawa cahaya mata sebagai penyeri kepada ikatan yang dibina. Ada yang dikurniakan cepat dan ada yang lambat diberikan rezeki. Semuanya ketentuan Ilahi.

Seperti penyanyi ini, dia dan suami menunggu selama dua tahun sebelum hamil.

“Hadiah Besar Yang Tidak Ternilai Harganya Daripada Allah,” – Hamil Setelah 2 Tahun Menanti, Siti Badriah Rasa Seperti Tak Percaya

Penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah yang popular dengan lagu Lagi Syantik ini telah mengumumkan kepada umum yang dia kini sedang berbadan dua. Dia yang telah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon, Krisjiana Baharudin pada tanggal 25 Julai 2019 berkongsi berita gembira itu kepada para pengikut di laman Instagramnya.

Kongsinya, “Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah tahun ini mendapatkan hadiah besar yang tidak ternilai harganya dari Allah swt. Dua tahun kita menanti saat-saat ini, masih terasa tak percaya sampai saat ini bahawa Allah menitipkan janin di dalam rahimku. Akhirnya aku merasakan apa yang aku ingin sekali rasakan selama ini. Terimakasih ya Allah.”

“Hadiah Besar Yang Tidak Ternilai Harganya Daripada Allah,” – Hamil Setelah 2 Tahun Menanti, Siti Badriah Rasa Seperti Tak Percaya

Dalam hantaran tersebut dapat dilihat dia memeluk suaminya sambil menunjukkan alat penguji kehamilan yang menandakan dia positif hamil. Berkongsi lanjut tentang kandungannya, wanita cantik ini menjelaskan yang dia hamil seminggu sebelum usia perkahwinannya dan suami  mencecah dua tahun.

Ads

“Hadiah Besar Yang Tidak Ternilai Harganya Daripada Allah,” – Hamil Setelah 2 Tahun Menanti, Siti Badriah Rasa Seperti Tak Percaya

“Pernikahan aku dan Krisjiana pada tanggal 25 Julai 2019, dan Allah memberikan hadiah terindah untuk kita seminggu sebelum ulang tahun pernikahan kita yang kedua. Masyallah Alhamdulillah,” ujarnya mamanjat kesyukuran kepada yang maha Esa.

Kini dengan usia kandungan memasuki 17 minggu ataupun empat bulan, Siti Badriah memohon doa dari semua agar anaknya selamat di dalam kandungan. Paling comel, penyanyi ini memanggil anaknya baby fruit sebagai nama manja.

“Hadiah Besar Yang Tidak Ternilai Harganya Daripada Allah,” – Hamil Setelah 2 Tahun Menanti, Siti Badriah Rasa Seperti Tak Percaya

“Hadiah Besar Yang Tidak Ternilai Harganya Daripada Allah,” – Hamil Setelah 2 Tahun Menanti, Siti Badriah Rasa Seperti Tak Percaya

Ads

Sedikit informasi mengenai penyanyi ini, namanya mula mekar dalam industri hiburan dek populariti lagu Lagi Syantik yang bukan sahaja menawan peminat muzik Indonesia bahkan lagu tersebut mendunia setelah menjadi popular di TikTok.

Buktinya, pada tahun 2018 Siti Badriah menduduki kedudukan nombor 12 dalam carta Billboard bagi kategori YouTube menerusi lagu berhantunya itu. Sehingga kini muzik video lagu tersebut telah ditonton lebih 650 juta kali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Badriah (@sitibadriahh)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Badriah (@sitibadriahh)

Ads

 

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI