Hadiah Hari Lahir Suami, Pengacara Ira Mohd Amin Selamat Bersalin Anak Ke-4

Share

Pengacara, Ira Mohd Amin memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Selasa.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ira menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Menurutnya, dia sangat teruja kerana bayinya itu dilahirkan pada hari yang sama dengan tarikh lahir suaminya, Shazril Ezani.

“Selamat hari lahir suamiku Aril Razali. Semoga awak suka dengan hadiah hari lahir awak tahun ini.

“Kembar tarikh sama. Dilahirkan pada 20 Disember jam 6.20 petang,” tulisnya.

Pada masa sama, bekas penyampai radio Era ini turut memaklumkan anaknya itu kini sedang berada dalam keadaan yang sangat baik.

“Selamat hari lahir baby adik. Alhamdulillah sangat comel dan sihat. MasyaAllah.

“Ok be right back. Mama penat layan contraction since last night,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, sehingga kini, Ira dilihat masih lagi belum berkongsi mengenai nama dan jantina anaknya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Ira.

“MasyaAllah tabarakallah. Tahniah kakak,” komen pelakon, Eyra Hazali.

“Alhamdulillah. Tahniah Kakak. Selamat berpantang,” respon penyanyi, Tasha Manshahar.

“Congrats Babe. Seronoknya diorang dapat sambut birthday sama-sama,” balas pengacara, Hunny Madu.

“Happy birthday Aril Razali. Alhamdulillah hadiah cahaya mata. Kepada Ira, Alhamdulillah dapat lagi satu. Semoga bayi ini akan sentiasa sihat-sihat selalu,” kongsi pengacara, Abdul Muaz.

Sebelum ini, Ira memaklumkan dia dan suami memutuskan untuk tidak memeriksa jantina bayi dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Sekadar informasi, Ira dan Shazril mendirikan rumah tangga pada 2011 dan telah terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki Mohamad Saif Zairil, Mohamad Sufi Zuhair dan Mohamad Safi Zaahir.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ira Mohd Amin.

Published by
Aizam Manaf