Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, mencuri perhatian warganet apabila berkongsi hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-49, beberapa hari lalu.

Hadiah yang diterimanya berupa set kain kafan yang diikat dengan reben merah, pemberian daripada suami, Azfaizul Ahtan.

“Terima Kasih encik suami atas doa dan hadiah. Finally, tahniah sebab dah dekat dengan kematian,” tulis Noorkhiriah dalam kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram.

Meskipun terkejut dengan pemberian tersebut, Noorkhiriah meluahkan rasa syukur dan berlapang dada dengan mesej tersirat yang ingin disampaikan suami tercintanya itu.

Refleksi Diri

Menerusi hantaran sama, Noorkhiriah turut menzahirkan keinsafan dan menyifatkan hadiah yang diterima sebagai satu bentuk peringatan penuh makna.

Ads

“Akak tak tahu apa yang Allah nak bagi sebab benda yang dekat dengan kematian akak dapat pada hari lahir pada tahun 2025.

“Yang kat tangan tu (kain kafan) tak ada poket, tak ada labuci even seutas benang pun tak ada.

“Akak menumpang keberkatan hari Jumaat, di belakang rumah kekal berbekalkan kain kafan hadiah suami.

Ads

“Lain macam 11 April tahun ni. Terima Kasih Allah masih memanjangkan umur yang dah singkat ni untuk buat apa yang patut,” tulisnya.

Selain suami, bintang drama Nur ini turut berterima kasih kepada ibunya serta memohon agar dihalalkan segala pengorbanan terutama sekali susu yang pernah diminum ketika kecil.

Hadiah Luar Biasa Hari Lahir ke- 49, Noorkhiriah Terima Kain Kafan Dari Suami – “Lain Macam, Terima Kasih Allah…” Hadiah Luar Biasa Hari Lahir ke- 49, Noorkhiriah Terima Kain Kafan Dari Suami – “Lain Macam, Terima Kasih Allah…”

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khiriah17

Doa & Sokongan 

Serentak dengan perkongsian itu, ruang komen pada hantaran terbabit turut dipenuhi dengan doa dan kata-kata semangat daripada rakan selebriti serta peminat yang mendoakan kesejahteraan dan keberkatan hidup.

Menerusi platform sama, Noorkhiriah turut memuat naik sepotong video yang merakamkan hadiah pemberian suaminya itu.

Imbas kembali, Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan pada tahun 2006.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Hudhaifah, 15, Muhammad Yusoff, 13 dan Nur, 6.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI