Jurusolek popular, MUA Bellaz menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dirinya kini telah pun disahkan hamil anak keempat.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Zulyadaini menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Assamualaikum doa baik-baik Insyallah rezeki. Allahuakbar. Patutlah tengok nasi arab tak lalu nak makan,” tulisnya yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci bersama keluarga.

Menurut suaminya, Anuar Ahmad pula, sebelum berangkat ke tanah suci, Bella ada membuat ujian kehamilan namun keputusannya negatif.

“Hadiah Sangat Bermakna Di Bumi Mekah,” – Tahu Keputusan Ketika Di Tanah Suci, MUA Bellaz Sah Hamil Anak Ke-4 “Hadiah Sangat Bermakna Di Bumi Mekah,” – Tahu Keputusan Ketika Di Tanah Suci, MUA Bellaz Sah Hamil Anak Ke-4

Malah dia juga turut menyifatkan kurniaan tersebut sebagai hadiah terindah sewaktu menunaikan ibadah umrah.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mat Nuart (@anuarahmad123)

“Alhamdulillah, dengan rasminya Yusuf jadi abang. Masa di Malaysia cek negatif. Rupanya Allah S.W.T tunjuk kekuasaannya di tanah haram ini

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Hadiah yang sangat bermakna di bumi Makkah. Tiada daya selain pertolongan dan pemberian Allah S.W.T.

“Ya Allah dibumi yang barakah ini kau kurniakanlah zuriat buat umat nabi muhammad SAW yang belum engkau berikan…aminnn,” kongsinya.

Ads

“Hadiah Sangat Bermakna Di Bumi Mekah,” – Tahu Keputusan Ketika Di Tanah Suci, MUA Bellaz Sah Hamil Anak Ke-4 “Hadiah Sangat Bermakna Di Bumi Mekah,” – Tahu Keputusan Ketika Di Tanah Suci, MUA Bellaz Sah Hamil Anak Ke-4

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar segala urusan Bella dan kandungannya itu akan dipermudahkan.

“Tahniah Kak Bella. Doakan saya dan suami dikurniakan cahaya mata juga.

“Tahniah Bellaz. Rezeki jejak ke tanah suci tu. Tumpang happy untuk kalian.

Ads

“Tahniah Bellaz. Semoga dipermudahkan urusan kehamilan.

“Alhamdulillah, tahniah Kak Bellaz. Stay safe dekat sana kak. Semoga semuanya dipermudahkan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Hadiah Sangat Bermakna Di Bumi Mekah,” – Tahu Keputusan Ketika Di Tanah Suci, MUA Bellaz Sah Hamil Anak Ke-4

Terdahulu Bella dan suaminya telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Disember 2013 dan telah pun terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram MUA Bellaz & Anuar Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI