Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Hussaini, mencuri perhatian apabila memuat naik klip pendek di TikTok pada Selasa.

Menerusi video pendek yang dikongsikan, ia seolah-olah memberi bayangan lagu raya duet bersama Nadeera Zaini bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Sabajap sayenkk saba,” tulis Hael ringkas disusuli dengan #raya2025.

Reaksi Pelbagai Netizen

Video tersebut memaparkan Hael dan Nadeera dalam sesi panggilan video, mencetuskan pelbagai reaksi positif daripada netizen yang teruja dengan kemungkinan kolaborasi ini.

Ads

“Sian orang single nak hello siapa?”

“Ni lagu raya untuk orang taken je kan?”

“Kenapa lagu Hael Hussaini best-best.”

Ads

“Hael Hussaini buat lagu apa pun memang meletop. Sumpah best giler. Tahniah.”

“Okay Hael dan Nadeera you menang.”

Hael Hussaini ‘Hint’ Lagu Raya Dengan Nadeera? Teaser ‘Tangkap’ Telinga! – “Sian Orang Single Nak Hello Siapa?”Hael Hussaini ‘Hint’ Lagu Raya Dengan Nadeera? Teaser ‘Tangkap’ Telinga! – “Sian Orang Single Nak Hello Siapa?” Hael Hussaini ‘Hint’ Lagu Raya Dengan Nadeera? Teaser ‘Tangkap’ Telinga! – “Sian Orang Single Nak Hello Siapa?”

Ads

Raih 1.5 Juta Tontonan

Sejak dimuat naik, klip berkenaan sudah meraih lebih 1.5 juta tontonan dengan ratusan ribu tanda suka diTikTok, membuktikan keterujaan peminat terhadap ‘teaser’ projek terbaharu mereka.

Terdahulu, lagu Bukan Lagi Kita ciptaan Hael dan Iqie Hugh, yang turut dinyanyikan Nadeera, mencipta fenomena dan berjaya meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) baru-baru ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Watch on TikTok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI