Pelakon Hafidz Roshdi yang kini berdepan kemelut rumah tangga bersama Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberikan surat terbuka kepada ibu kepada sepasang anaknya itu.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Instagram hari ini, Hafidz menjelaskan kecenderungan Shuhada atau Shu yang berkongsi kisah terkait di media sosial didakwa boleh membuka kepada spekulasi yang tidak sahih.
Antara lain, Hafidz menyebut perkongsian Shuhada pada 5 Mac lalu yang turut difahamkan menyentuh keluarga pelakon berkenaan.
“Shu, saya memilih untuk berdiam diri selama ini walau pelbagai fitnah telah awak taburkan. Saya tahu segala apa yang awak canangkan, tidaklah semuanya benar maka saya terpaksa menulis di sini, kerana awak sendiri yang telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan secara kekeluargaan.
“Shu, saya jaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna. Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.
“Sebagai insan yang lemah, kita berdua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Agak malana. janva meniadi diluar kawalan.
“Awak lebih cenderung untuk menyatakan isu rumah tangga kita di dalam media sosial. Kecenderungan bersifat membuka aib hingga membuka ruang fitnah.
“Apabila awak mula mencanang fitnah dan kenyataan palsu tentang keluarga saya, awak sudah melampau dan saya tidak lagi boleh berdiam diri.
“Penerbitan status Instagram awak bertarikh 5 Mac 2023 telah mengaitkan dan mengaibkan seluruh keluarga saya.
Ads
“Antara butirannya, status Instagram awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. lanya jelas dan nyata, satu fitnah,” tulisnya.
Susulan itu, Hafidz mendedahkan keselamatan ahli keluarganya yang lain terjejas dan meminta semua pihak untuk berhati-hati dalam menulis apa sahaja komen mengenainya.
Malah, isu berkenaan masih dalam siasatan dan bakal diadili pihak berkuasa.
“Rentetan status Instagram awak itu, maka ada pihak lain yang telah menggunakan gambar saya, awak dan seisi keluarga saya merujuk kepada topik atau kandungan tersebut.
“Kini, keselamatan dan kesejahterdan serta ketenteraman seluruh keluarga saya telah terjejas atas tindakan awak.
Ads
“Saya berharap agar semua pihak lebih berhati-hati untuk tidak memberi sebarang komen apabila tidak tahu menahu kebenaran yang berkaitan dengan isu membabitkan urusan rumahtangga kami berdua.
“Kini, isu dan kes rumahtangga kita adalah di dalam penyiasatan pihak Polis dan akan diadili di dalam Mahkamah tidak lama lagi.
“Demi menjaga kesejahterdan dan keselamatan diri dan seluruh keluarga saya dengan rasa rendah diri memohon dan memberikan tempoh 48 jam dari sekarang bagi Shu dan mana-mana pihak untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarga saya berkaitan dengan isu/kes rumahtangga saya ini.
“Saya juga mahu agar permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak awak. Sekiranya tidak, saya mahu semua memahami situasi saya.
“Saya terpaksa mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mereka yang telah menyentuh maruah dan privasi keluarga saya.
Ads
“Saya mash lagi Abah kepada anak-anak saya.
Kesejahteraan dan keselamatan mereka adalah objektif utama hidup saya. Saya juga ingin terus mencari nafkah yang halal untuk tidak mengabaikan tanggungjawab saya terhadap mereka.
“Saya memohon jasa baik mana-mana pihak untuk menghormati urusan dan keputusan saya demi kesejahteraan dan keselamatan keluarga masing-masing,” jelasnya lagi.
Hafidz pada masa sama turut meminta maaf pada ahli keluarga yang turut menerima tempias atas hal yang berlaku.
“Kepada Abah, Mak, kedua-dua Mertua dan seluruh keluarga saya, Hafidz memohon jutaan kemaafan kerana secara langsung atau tidak sengaja atau tidak, telah melibatkan semua di dalam urusan dan is rumahtangga Hafidz.
“Apapun saya percaya rang perdamaian mash terbuka. Semoga kesejahteraan dan keselamatan kita semua di bawah lindungan Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin. Sekian Terima kasih,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wanita dikenali sebagai Ellya Farahanny yang mencuri perhatian selepas dikatakan mirip Nur Fazura, baru-baru ini tampil membalas reaksi netizen yang mendakwa cara percakapannya kini ‘ala-ala’ usahawan dan pelakon tersebut sejurus tular.
Menerusi TikTok, Ellya yang menggunakan akaun @Elle Fara menafikan dakwaan terbabit.
p class=”p1″>“Ini merupakan tindakan yang tak berasaslah okay guys. Sebabnya orang-orang yang rapat dengan I, yang pernah terjumpa I in real life… my family, my friends of courselah. Even my clients pun, diaorang tahu I memang macam ni. Sejak azali lagi.
“So tiada isu I meniru atau cuba imitate cara Fazura bercakap ke… tak ada,” katanya sebagai menjawab persoalan yang diberikan.
Video yang dkongsikan itu sudah pun ditonton lebih 200,000 kali.
Terdahulu, selepas wajahnya mulai menjadi tumpuan, Ellya menerusi mStar mendedahkan, dia tidak menyangka dirinya menjadi perhatian secara tiba-tiba.
“Followers saya di TikTok tiba-tiba naik mendadak, dari 800 kepada lebih 19,000 untuk satu malam.
“Saya terkejut dan gembira sebab ada ramai followers. Pada masa sama rasa takut juga, biasalah netizen masing-masing ada pendapat berbeza.
“Jujurnya, saya tak biasa dengan exposure macam ni. Tapi alhamdulillah, saya cuba membiasakan diri,” katanya yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuib menolak dakwaan selebriti yang dikatakan sebagai golongan ‘kayangan’, tidak akan dijatuhi hukuman jika melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Bercakap melalui pengalamannya bersama isteri yang juga penyanyi, Siti Sarah, dia tidak melihat wujudnya standard berbeza hukuman, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan cabaran pandemik Covid-19.
“Sama sahaja, saya dan isteri dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar SOP sebelum ini. Kami mengakui kesalahan dan tidak ada pengecualian dalam menerima hukuman.
“Tetapi kesalahan itu bukanlah kerana merentas negeri. Sebab soal merentas negeri kami mempunyai dokumen lengkap berkaitan kerja,” katanya kepada MH.
Shuib berkata demikian ketika menghadiri majlis berbuka puasa Indigital Music, di 10Gram Puchong, baru-baru ini.
Malah jelasnya lagi, sebagai seorang selebriti dia juga tidak pernah mendapat layanan berbeza-beza dalam situasi yang berkaitan.
“Tidak wujud golongan kayangan atau apa. Sebab di mata undang-undang kita semua sama. Termasuklah menteri sekalipun,” katanya yang turut memohon maaf sekali lagi atas khilaf yang dilakukan.
Terdahulu pada Februari lalu, pasangan selebriti ini telah dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di sebuah restoran.
Malah foto tersebut turut tular di media sosial sehingga para peminat memberikan pelbagai reaksi mengenai insiden berkenaan.
Foto: Instagram Shuib, Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendakwa penyanyi dan penulis lagu, Amir Jahari berkemungkinan malu dan takut apabila karyanya itu digunakan untuk video politik memandangkan beliau merupakan Ahli Perlimen Pembangkang.
Susulan itu, Amir tampil memberikan reaksi balasnya berhubung kenyataan tersebut.
Jelas Amir, dia tidak takut pada manusia sebaliknya menghambakan diri kepada yang maha Esa.
“Saya pengkarya, bukan pengikut yang membabi buta. Seni saya bukan untuk mana-mana parti politik, kerajaan mahupun pembangkang.
“Saya hanya takut pada Allah yang Maha Seni, bukan pada manusia yang buta akan nikmatnya.
“Berkarya bukan kerana nama, tapi untuk jiwa-jiwa yang ingin memahami yang Maha Seni, mencari jalan pulang kepada Sang Pencipta,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekes peserta Akademi Fantasi musim ke-9 itu menerusi satu hantaran di laman Instagram.
Terdahulu, memetik laporan Astro Awani, Mas Ermieyati telah membuat permohonan maaf kepada Amir kerana menggunakan lagu ciptaannya itu sebagai lagu latar untuk hantaran video semasa berada di Mahkamah Kuala Lumpur susulan pendakwaan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.
Jelasnya, beliau sedia menurunkan semula hantaran menggunakan lagu berkenaan dan menggantikannya dengan lagu lain seperti lagu nasyid atau lagu penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Beliau juga mengingatkan Amir agar lebih berhati-hati selepas ini dengan meletakkan tanda amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menggunakan lagunya untuk tujuan politik.
Pada Jumaat, wakil pengurusan komposer dan penyanyi Amir Jahari meminta Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menarik balik lagu Hasrat yang dimuatkan dalam video menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sekadar informasi, Hasrat merupakan lagu tema bagi filem, Imaginur yang dikini sedang ditayangkan di pawagam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amir Jahari, Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!