Sebut sahaja nama Hafiz Suip pasti kenal dengan penyanyi yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia 7 dan memegang gelaran juara pada musim tersebut.

Hafiz dan juga isterinya bakal menimang cahaya mata sulung dan sekaligus memegang status ibu dan bapa.

Menurut sumber, Hafiz berkata isterinya bakal melahirkan bayi lelaki dan kini usia kandungan isterinya sudah mencecah usia lima bulan.

“Alhamdulillah, selepas menjalani pemeriksaan dan imbasan, isteri saya sedang hamil bayi lelaki. Setakat ini, kehamilan sudah memasuki usia lima bulan,” kata Hafiz.

Hafiz Dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Ads

Hafiz berkata lagi, dia dan isterinya masih lagi berfikir tentang nama yang bakal diberikan kepada anaknya yang bakal lahir nanti.

“Buat masa ini, kami suami isteri masih lagi memikirkan mengenai nama anak yang bakal dilahirkan. Doakan agar semuanya baik-baik sahaja,” katanya lagi pada Astro Gempak.

Wah tak lama saja lagi Hafiz dan isteri dah nak jadi ibu dan bapa. Kami di MH Online mendoakan agar kandungan isteri Hafiz sentiasa dalam keadaan sihat sehingga saat melahirkan nanti.

Hafiz Dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Ads

Sedikit info, Hafiz dan isterinya Nureffy Jasreel telah sah menjadi suami dan isteri pada Mei tahun lalu.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Kasdinata Fauzi bertempat di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Ads

Beralih kepada kerjayanya sebagai anak seni pula Hafiz kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan rancangan yang telah menampilkan dirinya sebagai pengacara adalah menerusi rancangan Unplugge di saluran Astro.

Sebagai seorang penyanyi Hafiz baru sahaja mengeluarkan single terbarunya yang bertajuk Kejar dan kini dia sedang giat untuk mempromosikan lagu tersebut.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI