Nampaknya kemelut yang melanda rumah tangga antara penyanyi yang sering membawa konsep ketuhanan, Hafiz Hamidun bersama isterinya Siti Arifah Binti Mohd Amin terus hangat diperkatakan.
Melalui satu sidang media yang dilakukan oleh Hafiz sendiri petang tadi menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya supaya semua pihak jelas dengan status perkahwinannya.
Menurut Hafiz, ada beberapa point yang membuatkan dirinya mula ragu-ragu terhadap status sah perkahwinan antara dia dan isterinya, antaranya adalah ;
1. Siti Arifah telah berkahwin dengan Mohd Ray Imran di Wilayah Songkhla, Thailand pada 10 Januari 2013. Pernikahan ini telah disahkan oleh Encik Mohd Nasir bin Awang di Konsul di Konsulat General Malaysia di Songkhla pada 11 Januari 2013.
Siti Arifah mengakui perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Malaysia.
2. Siti Arifah telah menyatakan dia telah bercerai melalui pesanan mesej aplikasi whatsapp yang dikirimkan oleh bekas suaminya.
Malah Berkali-kali juga memberitahu Hafiz dokumentasi cerai masih tiada dan mendakwa bekas suaminya tidak mahu selesaikan urusan perceraian tersebut.
3. Siti Arifah mengetahui masih belum ada surat perakuan cerai sehingga sebelum tarikh pernikahan. Walhal Hafiz sering mengingatkan isterinya untuk menyelesaikan isu surat sah perakuan cerai dengan bekas suami. Namun ia masih belum diselesaikan.
4. Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan kenyataan daripada pihak keluarga Siti Arifah bahawa perceraiannya dengan bekas suami telah berlaku.
Pernikahan mereka dilangsungkan dengan akur janji Siti Arifah untuk memberikan surat pengakuan cerai terdahulu selepas majlis akad nikah.
Namun setiap kali diminta, ada sahaja alasan yang diberikan.
5. Oleh kerana gagal mendapat surat cerai tersebut dan telah menyebabkan keraguan timbul , Hafiz bersama isterinya telah ke Songkhla pada 1 Jun 2017 untuk menguruskan ‘cerai taklik’ di antara isterinya bersama bekas suami di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
6. Permohonan perceraian antara isterinya dan bekas suami telah diterima oleh Majlis Agama tersebut dan disahkan jatuh talak satu pada 13 Julai 2017.
7. Pada 8 Ogos 2017, Hafiz dan Siti Arifah telah ke Pejabat Agama Sri Petaling untuk menyerahkan surat cerai taklik tersebut dan telah menjalani siasatan dari Pegawai Tadbir Agama Daerah.
Hasil siasatan tersebut sewaktu pernikahan mereka bersua pada 1 Mei 2017, Siti Arifah sebenarnya masih dalam ikatan perhubungan suami isteri yang sah bersama suami yang terdahulu.
8. Laporan status pernikahan anatar Hafiz dan Siti Arifah yang telah difailkan sebanyak dua muka surat telah dipanjangkan dan dibawa ke Makamah Syariah Petaling untuk dibubarkan pernikahan.
9. Atas hasil persetujuan bersama, permohonan farak hanya boleh difailkan oleh Hafiz malah keluarga isterinya juga turut bersetuju untuk membenarkan Hafiz melakukan prosedur ini secara tertutup.
10. Hafiz turut mengesahkan pada hari Isnin yang lalu Hafiz telah menyerahkan permohonan Farak iaitu pembubaran pernikahan di makamah syariah yang sama.
Namun permohonan tersebut gagal didaftarkan kerana pihak Siti Arifah juga telah bertindak sama pada hari Jumaat 18 Ogos 2017 di Mahkamah Syariah Shah Alam.
11. Pada 22 Ogos 2017 melantik seorang peguam syarie dari firma guaman Zulkifli Yong Azmi & Co bagi mewakili pihak Hafiz berhubung tuntutan farak nikah yang telah difailkan oleh Siti Arifah.
Menurtnya lagi, tiada sebarang keperluan untuk dia membuka mulut atau menjawab segala persoalan yang timbul dari kenyataan pihak Siti Arifah kerana tiada kepentingan awam dan ada fakta yang disembunyikan serta dikelirukan
Malah, Hafiz juga turut memberitahu berharap agar semua ini dipermudahkan dan segala kebenaran dapat terbela. Hafiz juga berkata tidak akan keluarkan sebarang maklumat lanjut sementara kes ini diselesaikan demi menghormati pihak mahkamah.