Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil menjawab dakwaan pengguna media sosial susulan sepotong video pendek yang merakamkan aksinya ketika di Tanah Suci Mekah yang tular sebelum ini.

Video yang baru dimuatnaik di seluruh platform media sosialnya itu turut berkobolasi bersama Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr. Kamilin bin Jamilin.

Ia ditujukan khusus untuk pengguna laman sosial X dengan nama Hindutva Knight (@HPhobiaWatch), kerana telah menimbulkan kekeliruan tentang agama Islam.

Video berdurasi 15 minit itu disertai dengan infografik berbentuk 3D, simulasi ketika berada di hadapan Kaabah dan sari kata Bahasa Inggeris untuk kefahaman umum.

Segala input yang dimasukkan ke dalam video tersebut ditelah dirujuk dengan ilmuan hebat iaitu Dr. Kamilin bin Jamilin.

Ads

Hafiz ingin menekankan bahawa hantarannya di media sosial hari ini bukanlah cubaan beliau untuk menegakkan benang yang basah atau membersihkan nama semata-mata.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sebaliknya terpanggil kerana itu adalah tanggungjawab demi agama untuk membidas dan memperbetulkan kenyataan Hindutva Knight yang telah mengelirukan banyak pihak dan memfitnah agama Islam.

Ads

Beliau berharap agar hantarannya di media sosial hari ini dapat ‘kekal’ di Internet dan dijadikan pengajaran serta pedoman buat semua umat Islam di luar sana.

Terdahulu, pengguna laman sosial X dengan nama Hindutva Knight (@HPhobiaWatch) berkongsi semula video yang pernah dimuatnaik Hafiz sebelum ini sebagai bahan fitnah, mendakwa telah berlakunya gangguan berbentuk fizikal dan seksual terhadap golongan wanita ketika berada di kota suci Mekah.

Sehingga kini, hantaran terbaharu Hafiz menerusi Instagram itu sudah pun meraih hampir 15,000 tanda suka yang disusuli dengan ratusan komen warganet.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI