Berkongsi rakaman ‘program’ istimewa, Majalah Empat, Hafreez Adam berkongsi keistimewaan gelagat lucu teman wanitanya, pelakon Zara Zya yang punya kebolehan ‘berinteraksi’ dengan monyet.
Video senda gurau yang dirakam itu menunjukkan Zara menjadi hos rancangan yang sedang ‘menemubual’ seekor monyet yang dikatakan sedang bersedih akibat kehilangan teman-teman.
“Anda bersama saya dalam Majalah 4. Sekarang saya ingin menemuramah Ikram yang tenagh bersedih kerana kehilangan kawan-kawannya.
“Nampaknya dia tidak mampu berkata-kata. Tapi saya cuba.
“Mungkin dia rabun. Tak nampak kehadiran saya. Tapi kita cuba lagi.
“Nampaknya dia masih lagi bersedih,” katanya. Apa yang melucukan, Zara melompat ketakutan seraya haiwan tersebut menuju ke arahnya.
“Hebatnya awak @zarazya . Boleh bercakap dengan monyet. Patut kadang-kadang bila awak cakap, saya tak faham,
” tulisnya.Zara yang turut meninggalkan komen mengatakan sepatutnya dia menamakan monyet tersebut sebagai Adam.
Foto : Instagram Hafreez Adam