
Mendalam sungguh nasihat instafamous cilik Mat Ipang kepada netizen ‘bawang’ di luar sana.
Menerangkan agar tidak mengambil tahu hal orang lain, bintang media sosial itu meminta supaya bermaafan sesama manusia.
Namun, dalam pada mendengar santapan rohani, netizen nampaknya lebih tertarik kepada gelagat adiknya yang turut ‘sibuk’ memberi nasihat.
“Assalamualaikum. Hai makcik bawang pakcik bawang. Tengah buat mende tu? Ke tengah sibuk duk kira dosa orang ek?
“Eh salah. Parok sungguh. Minta maaf deh. Astagfirullahalazim
“Dosa kita sendiri pun tak tertanggung. Ingatlah kalau dosa kita dengan tuhan, kita boleh minta ampun direct dengan dia.
“Tapi kalau dosa kita dengan manusia, kita kena cari orang tu balik pastu minta maaf dengan dia. Kalau tak Allah tak akan ampunkan kita.
“Sanggup ke? Jom kita sama-sama pakat tobat ek. Ok, bai,” katanya.
Lalu kecomelan si adik, Syifa menjadi perhatian apabila mengajuk segala percakapan abangnya dengan spontan.
Namun sesuai dengan gelaran ‘makcik bawang’, walaupun video berunsur nasihat, ada sahaja yang tidak kena.
Termasuklah Mat Ipang yang turut dijadikan bahan jenaka.
Apapun, ada betulnya juga apa yang dikongsikan itu. Nak beri komen boleh, tetapi biarlah guna perkataan beralas dan tegur kena pada cara, bukan sampai jatuhkan air muka.
Foto – Instagram Mat Ipang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Noraniza Idris ‘Dicabar’ Turun Berat 15Kg Demi Konsert, Dapat Ganjaran RM20,000 Jika Misi Berjaya

Bakal menjayakan konsert sulung, Malai Solo pada 21 hingga 23 Oktober ini, penyanyi Noraniza Idris telah dicabar oleh kedua-dua anak lelakinya untuk menurunkan berat badan bagi tujuan tersebut.
Menurut Noraniza, 54, anak-anaknya iaitu Aliff Haiqal, 30, dan Alfeeq Haiqal, 29, akan memberikan ganjaran wang tunai RM20,000 sekiranya ibu mereka berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam tempoh dua bulan ini.
“Mereka bagi tempoh dalam masa dua bulan ini saya perlu turun 15 kilogram. Kalau berjaya, mereka akan hadiahkan saya RM20,000.
“Mereka buat cabaran ini untuk saya dapat stamina secukupnya ketika menjayakan konsert kelak.
“Sekarang saya pun dah mula ikut jadual pemakanan yang diberikan kepada saya. Macam biasalah, kena makan makanan sihat seperti ambil buah-buahan ketika sarapan pagi,” katanya kepada MH.
Noraniza ditemui pada majlis sidang media Konsert Malai Solo yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Untuk rekod ini konsert ini merupakan konsert sulung dan terakhir yang bakal dijayakan oleh Ratu Etnik Kreatif itu sepanjang 36 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.
“Sebagai seorang artis sudah tentu kita ada perasaan ingin buat konsert. Ini merupakan konsert pertama dan terakhir yang akan saya buat.
“Yela, kita tidak tahu sampai bila kita akan hidup, jadi saya mahu pastikan konsert ini meninggalkan kenangan paling manis lebih-lebih lagi dalam mengangkat budaya tradisional terutama buat generasi baharu,” katanya.
Menariknya, konsert yang dibawakan penganjur NIPV Management Sdn. Bhd. itu akan membawakan seramai 300 penari iringan selain pasukan pemuzik profesional yang diketuai oleh mogul muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Tiket berharga RM299 hingga RM1,599 sudah mula dijual sejak 19 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
M.Nasir Kembali Ke Kelantan Selepas 25 Tahun, Issey Fazlisham Berbangga – “Saya Akui Bukan Mudah Memujuk Figura Hebat Itu.”

Isi Kandungan
ToggleKarnival gaya hidup dan makanan, Makar Fest, mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya membawa kembali ikon muzik tanah air, Datuk Dr. M. Nasir, ke Kota Bharu, Kelantan selepas lebih dua dekad.
Menurut Issey Fazlisham, individu utama di sebalik penganjuran bersama Red Bean Productions & Agency dan Sunburst KL, kemunculan M. Nasir di negeri Cik Siti Wan Kembang itu menjadi detik paling istimewa.
Apatah lagi, kali terakhir penyanyi dan komposer legenda itu membuat persembahan di sana adalah 25 tahun lalu.
Satu Penghargaan Besar
“Pastinya satu penghargaan buat kami apabila beliau sudi dan bersetuju hadir membuat persembahan di Makar Fest sempena Malam Muzikal Makar pada 31 Januari lalu.
“Saya akui bukan mudah untuk memujuk figura hebat itu dek kesibukannya tapi bersyukur rezeki kami dan saya sendiri teruja selepas beliau setuju sebaik kita kongsi konsep karnival ini yang lain dari lain iaitu membabitkan tiga elemen makar (fesyen), makan dan muzik.
“Sifu M.Nasir mempunyai ciri-ciri itu iaitu seorang penyanyi yang sentiasa ada gaya tersendiri dan ditunggu-tunggu oleh peminat di Kelantan,” katanya.
Di dalam acara itu, M. Nasir menyampaikan beberapa buah lagu hits, antaranya Hati Emas, Mentera Semerah Padi dan lagu dialek Kelantan Lagam Pok Dogol.
Maestro muzik itu turut ‘sporting’ dan sudi menyampaikan lagu tambahan Raikan Cinta selain turut bersama-sama berdikir lagu Wau Bulan.
Selain M.Nasir, penyanyi Amir Masdi turut memeriahkan malam berkenaan bersama pelawak Sabri Yunus.
Teruja Dapat Sumbang Sesuatu
Issey yang juga penyampai radio Gegar FM dan pelakon bersyukur atas sambutan hampir 250,000 pengunjung sepanjang empat hari karnival yang turut diwangikan oleh Yaya Empire di perkarangan Mydin Mall di Tunjong, Kota Bharu.
Sebagai anak jati Kelantan, Issey pada masa sama gembira kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat setempat termasuk peluang perniagaan.
“Syukur juga kerana kami dapat membuka peluang kepada rakan artis dan pempengaruh sama-sama berniaga selain turut menarik pengujung bukan saja tempatan tetapi juga selatan Thailand,” katanya lagi.
Issey menambah, berdasarkan sambutan hangat diterima, karnival yang menawarkan pelbagai aktiviti seisi keluarga termasuk barangan makanan, fesyen dan hobi bakal diteruskan dengan Makar Fest 2.0.
“Kita mendapat respon yang sangat baik dan sokongan padu daripada peserta karnival yang mahu Makar Fest diteruskan dan saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua.
“Maklumat lanjut mengenai Makar Fest 2.0 akan dimaklumkan kemudian menerusi laman media sosial kami,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Mati Esok, Adakah Aku Akan Tinggalkan Video Yang Tak Bagi Manfaat Pada Orang?,” – Aliff Syukri Cerita Proses Nak Berubah

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mengakui sedang cuba menjadi individu yang lebih baik seiring dengan kematangan usianya.
Malah dia kini memilih untuk kerap isi masa bersama keluarga berbanding mengejar konten di media sosial.
Jelas Aliff, kesedaran tersebut mulai timbul apabila anak-anaknya kini meningkat dewasa selain galakan isteri, Datin Seri Noor Shahida yang turut mempengaruhi perubahan berkenaan.
“Saya berazam untuk jadi individu yang lebih matang. Saya pun dah semakin tua dan anak-anak makin meningkat remaja. Mereka sudah pandai untuk nilai dan baca komen netizen mengenai saya.
“Selain itu, saya cuba berubah kerana isteri juga. Dialah yang menjadi ‘cikgu disiplin’ dan mengajar saya. Pada tahun ini saya bertaubat, sudah tak nak riak.
“Sebenarnya saya merasakan bila kita hidup tanpa kontroversi ni lagi seronok. Malah saya dah lama saya nak jadi begini, cuma orang lain yang asyik mencari salah saya. Ada saja yang tidak kena. Saya teruja nak jadi Aliff Syukri yang baru.
“Bila saya berubah, dia lebih baik melayani saya dan lebih romantik. Dulu tak ada dia nak cakap ‘darling’ dekat saya. Kami ni pasangan yang kontra jadi kami melihat situasi tersebut dalam sisi yang baik,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Shahida menyambut baik perubahan tersebut dan akui suaminya sedaya upaya untuk menjadi ketua keluarga yang lebih baik daripada sebelumnya.
“Saya gembira dan alhamdulillah. Saya bersyukur bila kata nak berubah. Dia pun tidak lagi terlalu beriya-iya untuk buat konten di media sosial dan banyak lebihkan masa bersama keluarga.
“Memang dia cuba bersungguh-sungguh… banyaklah perubahannya itu,” kata Shahida.
Aliff pada masa sama akui pada fasa sekarang, dia perlu memilih di antara wang ringgit atau maruah serta keluarga.
“Dulu bila saya lakukan program di YouTube, saya pernah dapat bayaran kira-kira RM100,000. Cuma pada ketika ini, saya kena pilihan antara duit atau kematangan.
“Kita mungkin akan dapat duit, tapi kita akan hilang keluarga, darjat dan akan buatkan kita nampak murah. Mana satu yang saya nak? Sejak itulah, saya fikir diri ni sudah tua, umur 34 tahun.
“Anak saya pun dah nak sama tinggi dengan saya. Kadang-kadang bila hantar anak ke sekolah, ada rakan dia yang beritahu mereka nampak saya di media sosial. Sedikit sebanyak buat saya terfikir mengenai komen yang mengecam dan sebagainya.
“Boleh dikatakan fasa ini berlaku secara semula jadi. Bahkan bila bapa kandung meninggal dunia, saya ada terfikir ‘kalau aku mati esok, adakah aku akan tinggalkan video yang tak baik atau tak bagi manfaat pada orang? Saya taklah kata saya ni malaikat, cuma saya cuba nak jadi lebih baik,” katanya lagi.
Aliff yang pernah muncul menerusi single, Cuba Bahagia itu berkata demikian ketika ditemui di majlis Pameran Pra-Pelancaran Gintel S7 SuperChaiR, di Sunway Pyramid, baru-baru ini.
Dalam majlis itu, dia turut diperkenalkan sebagai E-Ambassador untuk produk terbabit. Turut sama meraikan pelancaran terbabit ialah Pengarah Kumpulan Pengurusan Gintell, Dato’ Goh Cheh Yak.
“Saya rasa gembira. Teruja juga pada masa sama, sebab ingatkan bila ada kontroversi ni mungkin dah tak laku. Tapi ada juga rezeki, syukur alhamdulillah.
“Sejujurnya saya memang pengguna Gintell dan kisahnya ada sebelum ini ada buat ‘live’ di Instagram, menyatakan saya sedang berurut dengan ‘kerusi’ jenama berkenaan sehinggalah pihak mereka menghubungi saya secara ‘direct mesagge’.
“Daripada situlah proses tawaran itu berlaku. Saya menjadi duta selama setahun dan antara komitmen yang saya perlu lakukan setakat ini ialah melakukan promosi di media sosial selain menghadiri majlis yang dianjurkan mereka,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI