“Hai Puan Wan Hasliza,” – Rashidi Ishak Akhiri Zaman Duda Pada Usia 49 Tahun, Sunting Pengarah ‘Kampung People’

Share

Tahniah diucapkan kepada pelakon Rashidi Ishak yang kembali bergelar suami apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati yang juga pengarah drama, Wan Hasliza Wan Zainuddin pada Khamis.

Khabar gembira itu disahkan oleh jurusolek, Mas Hashim menerusi akaun Facebook miliknya.

Dalam perkongsian berkenaan, Mas Hashim memuat naik foto Rashidi yang memakai baju Melayu putih sementara Wan Hasliza pula ayu dengan persalinan baju kebaya polos putih.

Menerusi Instagram, Rashidi turut memuat naik fotonya bersama isteri yang juga pengarah kepada drama popular, Kampung People.

“Hi Puan @wanhaslizawz. 2.2.2023,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen yang pantas menerima ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis.

Imbas kembali, Rashidi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.

Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina selama 17 tahun tidak berkekalan apabila mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing pada 9 Ogos 2018.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH