Pelakon Haidar Hasanudin mengakui dia pernah diganggu peminat wanita misteri yang mahu menawarkannya kesenangan dari segi wang ringgit.
Menurut Haidar, 35, dia pada awal hanya mengenali individu itu sebagai peminat, namun tidak menyangka wanita didakwa berstatus ‘mak datin’ terbabit mahu memberikannya wang sejumlah RM50,000.
“Semuanya bermula ketika saya membawakan watak ‘anak ikan’ bernama Arjuna dalam drama bersiri Layang Layang Perkahwinan. Ketika drama itu ditayangkan, dia mengikuti saya di Instagram dan sering menghantar mesej langsung (DM).
“Pada mulanya, dia memberikan komen mengenai drama terbabit. Lama kelamaan, keadaan menjadi pelik kerana dia mula bercakap soal peribadi dan sebagainya.
“Saya terkejut kerana dia mula menawarkan kemewahan seperti wang tunai bernilai RM50,000 dan dia juga mahu menghadiahkan saya kereta,”katanya.
Haidar bagaimanapun tidak melayan permintaan wanita terbabit sebaliknya mahu terus fokus mencipta nama dalam bidang lakonan.
Ads
“Kalau nak fikir mengenai kesenangan, mungkin saya dah terima tetapi saya tak mahu apa yang saya usahakan selama ini tidak membuahkan hasil.
“Saya bermula dari bawah, nama saya sebagai pelakon mula dikenali, kalau saya berhenti kerana wang atau kemewahan, sia-sia sahaja segala susah payah saya selama ini.
“Penyebab utama saya berlakon adalah minat, bukannya wang. Jika nak senang, mesti saya dah terima tawaran wanita itu. Kini, saya tidak melayan mesej yang sering diberikan kerana bimbang ia akan melarat,” katanya lagi.
Ads
Haidar ditemui pada sidang media drama bersiri terbaharu Astro Ria, Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Terlibat dalam drama bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi, Haidar membawakan watak sebagai Cikgu Safuan, bergandingan dengan Meerqeen dan Erysha Emyra.
Ads
“Ini merupakan pengalaman pertama saya membawakan watak sebagai guru. Saya bersyukur dapat bergandingan dengan nama-nama popular seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Ozlynn, Datin Nina Juren, Arash Mohd dan ramai lagi.
“Berlakon di bawah arahan Hadith Omar memberikan saya pengalaman baharu. Saya berdebar menantikan reaksi peminat memandangkan ia merupakan adaptasi novel. Saya juga berharap drama bersiri ini mendapat tempat di hati peminat,” katanya.
Cinta Untuk Sekali Lagi bersiaran di slot Megadrama bermula 27 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Sufian Suhaimi nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air.
Mencipta nama dengan pelbagai lagu dan kisah cinta sebelum ini, Sufian kini muncul dengan single terbaru, Mencuba.
“#Mencuba is out now! Setelah setahun saya tak muncul dengan single baru, today is the day.
“Sebuah tulisan buat mereka yang mencuba dalam kehidupan, percintaan, kerjaya, atau dalam apa pun. If its meant to be, it will be. Stay strong, stay blessed. Life is beautiful,” tulisnya.
Pelakon Dini Schatzmann ada berkongsi komitmen yang ditunjukkan kekasihnya, Janna Nick ketika mereka sama-sama digandingkan menerusi drama bersiri, Marry Me Senorita.
Drama bersiri tersebut yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi slot Megadrama saluran Astro Ria itu menerima reaksi baik dan turut memuji keserasian pasangan tersebut di kaca TV.
Lalu menerusi Instagram, Dini ada memuat naik sekeping gambar kandid yang dirakam ketika keduanya berada di lokasi penggambaran drama terbabit sambil menyifatkan hos Melodi itu cukup mengambil berat akan dirinya.
“That’s her, every single time I’m about to shoot my scene, she will always make sure that, i look ok, my hair is ok, my reaction is ok, my dialog is ok, my emotion is ok.
“She has to focus with her own character but still helps me out.
“Thanks @munarahimah for capturing the side of her that no one sees,” tulisnya.
Pendedahan tersebut turut menarik minat ramai untuk sama-sama memberikan reaksi menerusi ruangan komen entri berkenaan.
Selain Janna dan Dini, Marry Me Senorita turut dibintangi oleh Shaza Bae, Datuk Jalaluddin Hassan, Yasmin Hani, Datin Fadilah Mansor, Raja Azura dan Daler Yusuf dan ramai lagi.
Foto: Instagram Dini Schatzmann
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap tiga bulan kematiannya, akhirnya mayat mendiang pelakon Tangmo Nida telah selamat dikreminasikan pada Selasa.
Memetik laporan ThaiPBS, mayat Tangmo atau nama sebenarnya Pattaratida Patcharaveerapong dibakar di Gereja Methodist Rangsit, daerah Pathum Thani, Thailand.
Seramai 150 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat aktres tersebut.
Abu mayat kemudiannya telah diserahkan kepada pihak keluarga pada Rabu.
Antara yang menarik perhatian pada majlis itu ialah apabila teman lelaki mendiang yang dikenali sebagai Bird turut hadir bersama beberapa ekor kucing kesayangan Tangmo.
Bird kelihatan sedih dan menundukkan wajahnya sepanjang majlis itu berlangsung.
Kucing-kucing tersebut dibawa bersebelahan keranda mendiang pelakon berusia 38 tahun itu.
Pihak berkuasa Thailand telah menyabitkan kesalahan terhadap enam orang suspek berhubung kematian Tangmo yang ditemui mati di Sungai Chao Phraya, Bangkok pada 24 Februari lalu.
Selepas disabitkan kesalahan, kesemua suspek termasuk pengurus Tangmo, Gatick telah diikat jamin dan kes mereka akan disebut semula pada Jumaat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Tangmo, ThaiPBS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Pelakon dan Penyampai Radio, Hawa Rizwana Redzuan kini melebarkan portfolionya apabila terjun ke dunia perniagaan selepas melancarkan jenama hijabnya sendiri baru-baru ini.Keputusan yang...