Primadona, Erra Fazira baru sahaja pulang ke tanah air dari tanah suci Mekah bagi menyempurnakan fardhu haji.
Penyanyi lagu Pasrah itu berangkat ke tanah suci awal Ogos lalu.
Kepulangan Erra turut disambut rakan baik, sebagaimana yang dikongsikan juru solek terkenal, Othong Danish menerusi video pendek yang dikongsi menerusi Instagram, awal hari ini.
View this post on InstagramA post shared by OthongDanish (@iamothongdanish18) on
“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Rara, Hajah Erra Fazira selamat sampai,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen yang turut merakam kelibat anak tunggal Erra, Engku Aleesya serta penulis lirik, Habsah Hassan yang turut menyambut kepulangannya.
Terdahulu, Erra menerusi laporan media menjelaskan, pemergiannya ke sana adalah secara sendirian tanpa mahram dan niat untuk mengerjakan haji sudah pun tersemat dalam diri lebih lima tahun lalu.
Foto: Instagram Othong Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nabila Razali Tak Biasa Dipanggil ‘Puan’, Sambal Jawa Bakal Jadi Menu Pertama Buat Suami
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali akui masih membiasakan diri dengan perubahan statusnya yang kini sudahpun bergelar isteri orang
Menurut Nabila, ada kalanya dia berasa janggal bila ada yang memanggilnya dengan gelaran puan.
“Baru-baru ini saya ada membuat persembahan di majlis konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM). Saya merupakan alumni di univesiti tersebut.
“Kemudian, ada yang menyapa saya dengan panggilan puan. Pada mulanya saya terkejut. Saya tanya kembali, kenapa panggil puan?
“Lalu orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar,” katanya sambil ketawa.
Nabila berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran koleksi tudung Nada x Nabila Razali yang berlangsung di Restoran EL & N London, Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa sama, penyanyi lagu Peluang Kedua ini turut memaklumkan dirinya juga boleh melihat perubahan kelakuan para peminat bila menegurkan selepas mendirikan rumah tangga.
“Dulu ramai lelaki akan menegur saya dengan simbul tangan ‘mini love’ dan memanggil saya dengan gelaran Nabila ‘cumi-cumi’.
“Tetapi bila saya sudah berkahwin, kebanyakkan mereka tidak lagi tegur seperti itu. Mereka sekarang pun berasa segan untuk tegur saya. Mereka hanya senyum dan melambai sahaja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nabila memaklumkan sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk memasak buat suami memandangkan jadualnya yang padat.
Katanya lagi, dia ingin menghidangkan sambal jawa sebagai menu pertama buat suami kesayangan.
“Saya baru sahaja berpindah ke rumah suami dalam dua minggu. Saya masih lgi dalam proses memindahkan barang. Sekarang ini, kami banyak dating di luar lagi.
“Lagipun, kami juga belum berkenalan lama dan masih dalam fasa mengenali hati budi. Senang cerita, kami ini bercinta selepas menikah.
“Saya nak masakkan dia sambal jawa. Saya tahu masak menu tersebut tapi belum pernah buat untuk orang lain. Lain orang, lain tekaknya.
“Sambal jawa ni orang yang betul-betul mahir sahaja boleh buat. Ibu saya pandai buat masakan jawa. Jadi, saya risau juga tapi suami saya terbuka untuk mencuba apa sahaja yang saya masak,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, dengan sekali lafaz pada tanggal 18 November lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Permintaan Sesiapa, Sedar Sendiri,” – Zizi Kirana Nak Nyanyi Rap Sambil Duduk, Jaga Batas Pergerakan
Penyanyi, Zizi Kirana kini senang untuk membataskan pergerakannnya ketika membuat persembahan di atas pentas.
Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, dia kini selesa untuk membuat persembahan dalam keadaan duduk kerana lebih bersesuaian dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah.
“Sekarang ini, saya sedang melatih diri.
Saya bagitahu pengurus, saya nak menyanyi lagu rap tapi sambil duduk.
“Bila berdiri, kadang kala saya terbawa-bawa diri yang lama. Kita pula bawa genre hip hop. Hal ini merupakan sesuatu yang baharu buat saya.
“Bila difikirkan semula, rap juga merupakan sebuah muzik untuk menyampaikan cerita. Jadi, saya buat macam diri ini sedang bercerita.
“Ini bukan permintaan sesiapa tapi kesedaran diri sendiri. Saya rasa tak kena kalau sakan bergerak. Jadi, lebih baik saya duduk dan kalau berdiri pun mungkin dalam keadaan santai,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Eh itu berkata sedemikian ketika menjadi juri jemputan di program Pentas Marhaban baru-baru ini.
Katanya, dia juga akan terus kekal dengan genre muzik hip hop yang memang sudah sebati dengan kerjayanya sebagai seorang anak seni.
“Saya mahu menyampaikan dakwah dengan cara yang tersendiri. Ramai ustaz dan ustazah yang saya jumpa, mereka minta saya untuk tidak berhenti menyanyikan lagu rap.
“Katanya, menerusi muzik rap, saya boleh berdakwah. Dulu saya pernah terfikir, perlu lagi ke saya menyanyi lagu rap ini lagi?
“Namun, segalanya berubah selepas mendapat sokongan orang sekeliling dan guru-guru. Sampaikan kebaikkan mengikut cara kita sendiri,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, fokusnya ketika ini adalah untuk menghasilkan lirik-lirik lagu yang mampu mengajak orang ramai ke arah kebaikkan.
“InsyaAllah, saya nak kekalkan menyanyi rap sambil duduk agar tak banyak pergerakkan. Saya mahu fokus dengan lirik yang ingin disampaikan.
“Saya juga nak perbanyakkan lagu-lagu nasihat terutamanya untuk mengingatkan diri sendiri dan mengajak orang ke jalan kebaikkan.
“Tidak ada lagi lirik kecam-kecam. Namun, saya akan kekalkan muzik rap dan qasidah,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHSpeku: ‘Letting Go Sounds Easy’ – Luahan Hati Sufian Suhaimi, Tapi Tujukan Pada Siapa?
MH rasa semua sudah sedia maklum bahawa penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon comel, Elfira Loy telah melangsungkan pertunangan pada Oktober tahun lalu.
Pasangan ini dijangka bakal berkahwin pada bulan Mac ini sempena bulan kelahiran Elfira.
Namun begitu, sejak akhir-akhir ini MH lihat sering timbul spekulasi yang mengatakan hubungan pasangan ini sedang bermasalah.
Sufian sendiri pernah mengakui bahawa dia dan Elfira juga seperti pasangan bertunang yang lain di mana mereka ada melalui ujian dalam pertunangan mereka.
Sufian juga pernah memberitahu satu sumber, bahawa ujian dalam hubungan mereka ini tidak berpunca daripada Elfira tetapi daripada orang sekeliling mereka sendiri.
Baca juga: Unfollow Instagram Masing-masing, Sufian Suhaimi Nafi Hubungan Bermasalah Dengan Elfira Loy)
Terbaru, MH terlihat satu posting daripada Sufian menerusi Insta Storiesnya yang seolah-olah meluahkan perasaan tentang melepaskan orang tersayang.
“Letting go sounds easy, but as human beings, it’s probably one of the hardest things we’ll ever have to do. It takes an immense amount of courage to be able to say goodbye to something or someone who meant a lot to you.
“But, my love, you can’t keep holding on to things that make you sad. If you do, the mesery will build up in your heart and start runiing through your veins until it consumes you. Don’t let that happen. Have the strength to say goodbye to who or what you used to love,” tulis perkongsian Sufian di Insta Storiesnya.
Nampaknya posting dari Sufian ini benar-benar membuat kita yang membaca tertanya-tanya pada siapa agaknya luahannya ini ditujukan.
Adakah ianya ada kena mengena dengan Elfira? atau mungkin Sufian tiada maksud untuk menujukan luahan tersebut kepada sesiapa sebaliknya hanya mahu berkongsi kepada orang ramai bahawa untuk melepaskan seseorang yang disayangi itu memang bukan mudah.
Apapun MH sentiasa mendoakan agar hubungan Sufian dan Elfira sentiasa berada dalam keadaan baik.
Sumber: Instagram Sufian Suhaimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI