Seolah-olah satu tradisi, setiap kelahiran anak selebriti popular pasti akan ditawan secara ekslusif oleh stesen televisyen tertentu. Namun lain pula dengan pelakon jelita, Anzalna Nasir. Tidak mahu terlalu merancang sementelah kandungannya baru berusia tujuh bulan.
“Hak Ekslusif? Baby pun belum keluar lagi. Kalau boleh tak nak terlalu banyak merancang. Biarlah baby keluar dengan selamat, dah ada di depan mata, barulah boleh fikirkan yang lain.
“Buat masa sekarang, saya tak mahu merancang lebih, biarlah Allah yang merancang,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, dia tidak menolak dakwaan bakal memewahkan anak yang bakal lahir.
“Setiap orang lain pendapat, anak saya pun masih dalam perut. Tak terfikir lagi semua itu. Tapi why not, saya nak spend sekalipun apa salahnya. Ini anak pertama saya. Saya beritahu suami, saya akan beri apa sahaja untuk anak,” kata Duta Eksklusif NR ini jujur.
Ads
Masih berteka-teki jantina anak yang bakal lahir, kata pelakon Dendam Aurora ini, dia suka memberi kejutan buat semua.
“Walaupun ramai yang kerap bertanya status jantina, saya tidak rimas. Sebaliknya seronok sebab mereka akan berteka-teki.
Ads
“Happy bila tengok reaksi masing-masing. Cuma bila buat persiapan agak susah sebab keluarga asyik menyibuk. Nak beli baju baby pun susah sebab mereka akan dapat agak jantina menerusi baju yang dipilih.”
Berkongsi kisah lucu, katanya, sewaktu hamil, dia suka mencantikkan diri, cuma menjadi masalah apabila seringkali tersalah memilih saiz baju.
Ads
“Sekarang ini saya sangat suka berhias dan cantikkan diri, pakai bulu mata palsu, contact lens. Kalau dulu saya suka pakai yang ringkas. Bila prengnant ni, baby minta lebih-lebih.
“Bila mengandung, saya lebih suka shopping online sebab tak larat nak berjalan. Jadi asyik tersalah size.
“Bahagian atas memang saiz S, tapi saya terlupa bahagian bawah dah mula membuncit,” katanya yang mahu berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu selepas melahirkan anak.
Berkongsi resepi Daging Belado di laman Instagram miliknya, Nana Mahazan mengakui, segala bahan dan gaya masakan adalah cara tersendiri dan berharap agar tiada yang mempersoalkan.
Malah dia menyatakan ini mungkin merupakan dua video terakhir masakannya.
Jelas hos popular ini, niatnya untuk berkongsi ada kalanya turut disusuli bersama komen negatif terlampau netizen.
“Ok ampun lmbt post.. kita bg bernapas skit.. kan?
“Ni Daging Belado.. saya xde lesung batu, so blend, so xlawa sgt belado tersebut.. oh well.. masuk tekak sedap sajork.
“btw im sharing my cara, kang ade yg kata salah lah, bukan gini lah.. kenapa cincin xbukak, etc etc.. yihhhhhh…
“Guys… Kalau post asik masak je kang bosan plak.. i think this will be my last 2 videos on #selauknana ok?
“InsyaAllah kalau rajin saya buat lagi.. but kdg niat nak share org komen ya ampun mcm kita xde perasaan eh? Haha… kesah pulak.. not becoz of that, just malas. So enjoy,” jelasnya panjang lebar.
Meski ada segelintir yang mempersoalkan kebersihan menu yang dimasak kerana cincin yang dipakai, namun ada juga yang menyokong ibu kepada dua anak ini terus berkongsikan resipi.
Foto : Instagram Nana Mahazan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun diduga dengan masalah rumah tangga, pelakon Puteri Sarah Liyana mahu membuka lembaran baharu bersempena kedatangan tahun 2023.
Menerusi laman Instagram miliknya, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata dia mahu terus berjalan ke hadapan tanpa mahu melihat ke belakang lagi.
“Alhamdulillah for 2023. Let the past gone along with the wind (biarkan apa yang berlaku, berlalu pergi dibawa angin),” tulis Sarah di ruangan kapsyen.
Menyambut kedatangan tahun baharu di Tokyo, Jepun, Sarah kini sedang bercuti dengan dua orang anaknya, Syaikul Islam dan Sumayyah.
Terdahulu, suami Sarah, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 38, didakwa sudah berkahwin dengan individu yang dikaitkan dengannya iaitu Ira Kazar.
Perkara itu didedahkan Sarah menerusi tangkap layar mesej daripada pihak ketiga iaitu pengikut di Instagramnya yang mendakwa Syamsul dan Ira sudah melangsungkan perkahwinan.
Pada Jun lalu, Sarah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, beserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang merupakan anak kepada pelakon, Kazar Saisi.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurnikan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!