Dua hari lepas, Faezah Elai telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya dan menyampaikan satu pesanan kepada pengikutnya di laman media sosial tersebut.
“Dear frens and followers.. for ig review service especially for hijab,”
“Sy tk buat for turban,cause i dont wear turban.. nk tutorial pon tk boleh,kecuali ur turban comes with shawls..”
“Really sorry.. hakak bukan mengada ngada,hakak klu pakai turban,muka dh serupa ayam jantan..”
“Shawls,Instantshawl or fast and furious shawl atau bawal,siakap,keli,pari dan sewaktu dgn nya,hakak tkdak masalah.. Turban tk boleh dik.. sbb muka hakak ala2 jessica alba tk sesuai pakai turban..”tulisnya dengan berseloroh.
Faezah berkata wajahnya seakan ayam jantan jika dia memakai turban lalu memberitahu kepada peminatnya bahawa wajah dia tidak sesuai untuk memakai tudung yang jenis turban dan hanya sesuai memakai shawls sahaja.
Menatap gambar tersebut, netizen turut terhibur melihat jenaka yang ditulis oleh pelakon jelita tersebut.
Malah, netizen juga turut memuji kecantikan wajah Faezah yang persis pelakon antarabangsa, Jessica Alba.
Apa-apa pun, Faezah memang menawan kala mengenakan hijab, kelihatan sangat ayu pula tu!
Foto : Instagram Faezah Elai