Penerbit, Datuk A. Aida menegaskan dirinya tidak akan tunduk dengan apa sahaja rayuan yang akan dikemukakan oleh pelakon, Amelia Henderson.
Ia susulan selepas Amelia diarahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 selepas tewas dalam keputusan kes saman pelanggaran kontrak perjanjian membabitkan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd.
Jelas A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, keputusan tersebut dibuat selepas Amelia dikatakan tidak mahu berdamai seperti yang pernah dicadangkan mahkamah sebelum ini.
“Saya tidak akan tunduk kepada rayuan. Itu sahaja. Sebarang rayuan tidak akan dilayan. Sebelum ini, hakim pernah memanggil kami untuk berdamai.
“Dengan Idris Khan saya berdamai tapi Amelia tetap nak lawan juga. Saya yakin berada dipihak yang benar. Di bulan Ramadan yang mulia ini, kemenangan berpihak kepada saya,” katanya kepada MH.
Ads
Pada masa sama, A Aida turut mendedahkan dirinya tidak akan berkerjasama semula dengan Amelia kerana bimbang kejadian sama bakal berulang pada masa hadapan.
“Syarikat produksi saya memang terkenal dengan memberikan tawaran berlakon kepada pelapis-pelapis baharu. Bila saya memberi peluang kepada bakat-bakat baru ini, secara tidak langsung meraka ini akan menggantikan pelakon-pelakon sedia ada.
Ads
“Saya dah lahirkan ramai pelakon-pelakon baharu. Saya bagi peluang kepada mereka. Sebagai prosedur berpengalaman, kita boleh menilai sikap seseorang artis itu.
“Apa yang terjadi kepada saya di dalam kes ini, saya sama sekali tidak akan terlibat lagi dengan artis ini kerana dia dah pernah buat hal seperti ini sekali. Tidak mustahil dia mungkin akan buat lagi.
“Saya sudah tak berani bekerjasama lagi. Namun, saya tetap maafkan Amelia. Saya tak marah pun,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, penerbit berusia 53 tahun turut menuntut Amelia untuk membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan semula namanya.
“Yang paling penting, saya mahu dia buat permohonan maaf secara terbuka kerana perkara itu akan membersihkan semula nama saya.
“Saya nak sangat dia mohon maaf sebab dia ada ramai peminat. Bila dia buat kenyataan sebegitu, seperti saya pula yang bermasalah sedangkan saya ini orang lama,” akhirinya.
Terdahulu, A Aida mengalirkan air mata dan bersyukur selepas menang kes saman perlanggaran kontrak terhadap Amelia di Mahkamah Sesyen Sivil, di sini, hari ini.
Mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi yang merangkumi kos deposit, ganti rugi am fitnah, ganti rugi kos penggambaran dan kos tindakan dengan faedah lima peratus tahunan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Percintaan di antara pelakon drama Papa Ricky, Fadlan Hazim bersama kekasihnya, Julie Anne bukan lagi rahsia.
Malah, bintang kacak ini sering kali memuat naik fotonya bersama gadis berbangsa cina itu.
Mengakui tidak mahu terburu-buru dalam soal jodoh, aktor muda berusia 26 tahun ini bagaimanpun menyerahkan soal kahwin itu kepada ketentuanNya, selain mengharapkan rezeki berkahwin itu datang tepat pada masanya.
Mengenai Julie, seorang usahawan sejak di bangku persekolahan lagi. Bagaimanpun, cinta mereka mulai berputik sejak beberapa tahun lalu.
Nah, kami bariskan beberapa foto menarik pasangan sama cantik sama padan ini.
Pengacara versatil, Nana Mahazan ada memuat naik satu posting menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Nana menerusi akaun Instagram miliknya, dia telah memberi ucapan ulang tahun kelahiran bapanya, Che Mahazan Che Aik.
Bintang yang dicungkil bakatnya menerusiprogram realiti Akademi Fantasia musim pertama ini berkongsi sikap baik si bapa bersama peminat.
“Happiest birthday to my one and only Abah the best ever anyone cld ever wish for.. Abah saya minat photography, suka motivate orang, sgt positive and sensitive too.
“Abah ni baik hati, pemurah.. I know i copy my dad (or at least im trying to be as awesome as he is) except photography mmg saya hancus.. hahaahaha..,” kongsi Nana lagi.
Dalam pada itu, Nana turut menceritakan kisah di balik namanya itu.
“Im so glad i can carry you name abah.. kalau dulu org panggil Nana AF atau Nana Era, but i like to be called Nana Mahazan.
“Sebab apa yg baik baik dari saya adalah dari apa yg Abah ajar.. i love you abah… I see u soon abah.. maybe kita VC later with everybody ok.
“Please wish my Abah ok.. Nana doakan kesihatan abah selalu, dimurahkan rezeki, diberikan rahmat dan diberkatiNya selalu..,” tulisnya lagi.
Pelakon Elizad Sharifudin telah memuat naik satu video di laman media sosial Instagram miliknya.
Walaupun dalam kesibukan berniaga di bazar ramadan, Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Mohamed Sharifuddin turut sibuk berada di set pengambaran.
“Ada ni busy shooting sambil buat kuehhh raya kat umah Datin @halimahmohammad Aduhhhh , siapa kat sini yg masih buat biskut raya sendiri ? Meh share IG korang .”
“Nnt kita intai2 tau ! Anyway , arini buat red velvet tersedap ! Tapi kul 2 dah start Roti John NZ kita mcm biasaaaa ! Awummm ! @elizad_team#puteriyangditukar #80episod #Astro”tulisnya.
Konsert solo penyanyi terkenal, Stacy, akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru...