Selepas kecoh mengenai keputusan pasangan selebriti, Awi Rafael dan tunangnya, pelakon Atikah Suhaime yang secara mengejut membatalkan perkahwinan yang sepatutnya berjalan Ahad ini, masing-masing dilihat memberi ekspresi tersendiri menerusi posting masing-masing di Instagram.
Awi yang sebelum ini secara gentleman memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku menerusi salah satu entri di Instagram, bintang itu sekali lagi membuat naik status hampir sama menerusi Insta Stories, awal semalam.
Tulisnya, ia berlaku adalah kerana “hal keluarga, harap semua faham dan ambil hikmah & fikir positive ok.”
Sementara itu, Atikah turut memuat naik beberapa keping foto yang lebih mengundang rasa sebak apabila berkongsi baju-baju pengantin yang bakal disarung menjelang raja sehari. Bagaimanapun, harapan kini tinggal begitu saja…
Terdahulu, pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018 di Singapura.
Foto: Instagram Atikah Suhaime, Awi Rafael
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantik Dan Bergaya. 10 Stail Selebriti Tempatan Di Kuala Lumpur Fashion Week 2021
Kuala Lumpur Fashion Week 2021 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Acara tahunan yang diadakan sekian lama ini akhirnya kembali memeriahkan dunia fesyen tempatan selepas tahun lalu acara tersebut hanya dilakukan secara maya disebabkan pandemik Covid-19.
Setiap kali minggu fesyen berlangsung, bukan hanya koleksi yang dipersembahkan oleh para pereka fesyen menjadi perhatian. Kelibat selebriti yang memeriahkan suasana turut mencuri perhatian. Penampilan mereka yang pastinya on-point dalam rekaan busana jenama tempatan menarik pandang lensa kamera dan juga mata yang memerhati.
Media Hiburan mengintai stail 10 selebriti yang anggun dalam pilihan busana masing-masing.
FAZURA
Sejak berhijab, aura selebriti serba boleh ini makin menyerlah. Dalam gambar ini dia menggayakan busana jenama Behati rekaan pereka fesyen muda, Kel Wen. Busana two piece ini sesuai sekali dengan penampilan Fazura sebagai seorang hijabi.
EYKA FARHANA
Si cantik manis pelakon drama Pretty Little Liars versi Asia ini tampil berani dalam persalinan rekaan Alia Bastamam. Padanan crop top dan skirt pendek diberi penegasan gaya menerusi gandingan blazer oversized yang mencetus keseimbangan.
NABILA RAZALI
Pelantun lagu Peluang Kedua ini tampil sopan dan bersahaja sesuai dengan persona seorang hijabi. Menggayakan busana Ezuwan Ismail, gaun labuh rona hijau tua dengan kemasan pleated menyerlahkan sisi femininnya.
WANY HASRITA
Wany tampil penuh playful dalam persalinan rekaan jenama Behati. Padanan kemeja oversized labuh bersama seluar jeans memberikan gaya bersahaja dan moden. Manakala pengayaan tudung rona merah jambu terang pula memberi penegasan warna kontras kepada busana rona kuning yang digayakan.
YAYA ZAHIR
Hos dan juga pemilik jenama fesyen Asly ini tampil dalam aura maskulin menerusi busana rekaan Hatta Dolmat. Gaya kemeja yang dipadankan bersama seluar dan kot labuh penuh corak sudah cukup menjeritkan statement fesyen seorang bintang.
DATUK SERI SITI NURHALIZA
Kehadiran penyanyi nombor satu negara ini di minggu fesyen semestinya menjadi perhatian. Siti Nurhaliza dilihat tampil menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini yang diadun menarik dalam gabungan sentuhan maskulin dan feminin. Padanan blazer dan seluar diberi kelainan dengan potongan bukaan skirt labuh di bahagian belakang.
SHALMA AINAA
Shalma tampil playful dan feminine menerusi pilihan gaya oleh jenama terkenal Mimpi Kita. Padanan kemeja dengan rekaan menarik berhiaskan sulaman jemeki dan labuci dipadankan pula dengan skirt potongan tidak simetri mencetus gaya yang tidak rigid.
IZARA AISHAH
Cantik sungguh Izara! Dia kekal dengan pendirian gayanya yang tidak mengikut bentuk tubuh. Ibu kepada seorang cahaya mata ini memadankan busana rekaan Larney bersama outerwear rekaan Alia Bastamam.
DAIYAN TRISHA
Malaysia Fashion Darling. Daiyan dan fesyen tidak dapat dipisahkan, dia sentiasa menjadi pilihan jenama-jenama antarabangsa mahupun tempatan. Untuk minggu fesyen ini, Daiyan menggayakan rekaan jenama Fizi Woo. Rekaan blazer dengan bahu besar dipadankan bersama seluar cukup menyerlahkan moden dan eksklusif. Ditambah pula dengan dandanan rambut yang cukup comel!
UYAINA ARSHAD
Pelakon dan pengacara ini menggayakan busana serba hitam rekaan Rizman Ruzaini. Penampilnnya diserikan dengan pilihan sarung tangan berenda dan juga beg tangan rona hitam bagi melengkapkan gaya keseluruhan.
Sumber gambar: Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Fokus Buat Kerja, Tak Hirau Waktu Tidur,”- Isteri Buka Rahsia Mawi, Menggigil Dengar Suami Mahu Bikin Filem!
Selebriti Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi akan mengeluarkan filem berjudul Tiada Tajuk bermula awal bulan depan.
Secara tidak langsung, isterinya, Ekin ada meluahkan rasa kagumnya apabila Mawi bersungguh-sungguh dalam pembikinan filem sulungnya itu.
“Aku nak luahkan perasaan sikit hehehe.. sebenarnya filem tiada tajuk ni, dulu mula2 masa mawi bagi tau dia nak buat filem pasal rock sangkut ni, fuhhh..
“Aku agak gegel jgk betul ke mamat ni nak buat filem pulak, biasa lah buat filem ni budget bukan calang2 uols besar gile main juta2 tuuu huuuu..
“Tapi di sebab kan semanggat dia yg berkobar2 so aku pun confident dia ni memang betol2 nk buat filem ni sgt!! Dia ni mmng focus kalau nak buat sesuatu benda yg dia minat, aku paham sgt die nih huhu..
“Bila aku tgk cara dia buat keje x hirau waktu tido dia, berjaga siang malam tu aku pun jadi kagum dgn semangat wajar dia sebenarnya,” tulis Ekin.
View this post on InstagramA post shared by Ekinmawi (@ekinmawi) on
Dalam pada itu, Ekin atau nama penuhnya Nora’ Asikin Rahmat menyeru agar masyarakat memberi sokongan buat filem tempatan.
“Tpi bila kita tgk org kutuk2 filem org lain, aku rasa macam x patut la pulak.. Sebab susah tau nak siapkan 1 filem sebenarnya, nampak mudah tapi sebenarnya hanya Tuhan je yg tau huhu..
“Ok la tq uols yg sudi baca sampai habis cite aku ni hahaha.. Ailabbiu. Jangan lupa ke panggung 4 April nanti k,” tulis Ekin.
Filem tersebut dibarisi pelakon seperti Achey, Along Cham, Hazama, Joey Daud, Amira Othman dan ramai lagi yang akan ditayangkan pada 4 April depan.
Foto : Instagram Ekin, Youtube
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Akulah Penyebabnya Tapi Aku Bangga,” – Pakaian Ala Rihanna Sissy Iman Di ABP33 Lalu Kena Kritik, Sila Baca Respon Jujur Bapa
Selepas penampilan ketika malam Anugerah Bintang Popular 33 (ABP33) menerima reaksi pelbagai netizen, bapa kepada penyanyi, Sissy Iman iaitu Mohammad Kamil Moustaff ada memberikan reaksinya berhubung perkara berkenaan.
Menurut Kamil, dia enggan mengambil peduli mengenai perkara tersebut kerana sebagai bapa dia sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat anaknya itu.
“Penampilan anak aku dikecam, hebat di ABPBH2020. Akulah penyebabnya tapi aku tetap bangga dia dah lakukan yang terbaik malam tu.
“Biarlah org kutuk pun, aku akur, aku sedar diri, aku bukan siapa-siapa. Aku sorang bapa yang hanya melakukan tangungjawab supaya anak aku meraih kejayaan.
“Tak ada hamba Allah yang nak sponsor yang benar-benar approach pun, baik busana mahu pun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun ditempat gah. Aku bukan jenis yang meminta-minta,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Kamil menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Kamil turut mendedahkan busana tersebut telah disiapkan sendiri olehnya dari awal hingga ke akhir.
“Dari awalnya, aku sendirilah yang berusha bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan dibaju. Entah berapa ribu kali jari ni tertusuk dek jarum. Mata ni bukan terang sangat pun. Melecur juga kena gam panas merekakan subangnya,” tulisnya.
“Dandankan rambut, sarungkan baju betulkan segalanya. Terbakar dan melecur tangan dek terkena panas curler dan iron bila mendandan rambutnya. Aku ni bukan proffesional pun yang tahu segalanya tapi aku tetap melakukannya demi dia anak aku sehabis baik mungkin.
“Setiap kali dia beraksi aku akan sentiasa mau berada sama tuk memastikan she looks good dimata aku. Sekurangnya dia berada didalam keadaan sopan dan tertib, sampai kekadang aku lupa aku ni bertongkat kesana kemari,” kongsinya lagu.
Sementara itu, Kamil turut meluahkan rasa bangga melihat tranformasi anaknya itu sejak dari awal kemunculan sehinggalah ke tahap sekarang.
“Aku bangga dengan anak aku sorang ni, setiap kali selesai, dia akan sentiasa tanya, “ayahanda, kakak ok ke?” Itu sudah puas bagi aku yg dia menunjukkan aprisiasinya.
“Aku bentuk dia smpai kehari ini, sikit demi sikit smpailah dia jadi siapa diri dia le ni. Tnpa mengharapkan belas ikhsan siapa-siapa. Baik buruk aku telan sebab dia darah daging aku.
“Orang boleh mengecam tapi jerih perih aku, hanya Allah je yg tahu. Jutaan terima kasih aku nk ucapkan pada yang penyokong tegar anak aku ni, terus lah menyokong ya tanpa berbelah bagi.
“Dan terima kasih juga pada yang menghentam, menghina dan mencerca kerana kekalkan kami tuk sentiasa merendah diri dan menyedarkan kami untuk sentiasa berdiri dibumi nyata. Wallahualam,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan para selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut melontarkan pujian terhadap busana yang direka oleh Kamil itu.
Sumber: Instagram AliffLayla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI