
Tahniah diucapkan buat pelakon Jay Iswazir yang kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Azzahra Ahmad, pada Rabu.
Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail berkongsi khabar gembira itu bersama para pengikut di laman media sosial Instagram.
“Halal partner. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui jodohmu bila dan di mana.
“Tatkala cuba menutup pintu hati dari cinta, Allah bukakan pintu yang lain buat seorang yang jauh sekali tak terjangka akan bertemu, terikat hati dan kini menjadi Suami.
“Terima kasih Ya Allah kerna hadirkan Dia dlm hidup ini. Sayang @realjayiswazir, pimpin saya sama- sama hingga ke syurga ya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Terdahulu, pelakon berusia 39 tahun ini mengikat tali pertunangan bersama Azzahra pada 20 Mac yang lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jay Iswazir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Payah Pi Jauh-Jauh, Dekat Pun Dah Happy,” – Fasha Sandha Luang Masa Bersama Famili Di Sunway Lagoon

Pelakon, Fasha Sandha kini kelihatan semakin bahagia setelah bergelar isteri kepada pelakon, Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.
Menerusi entri terkini Fasha di Instagram, pelakon berusia 35 tahun ini telah berkongsi momen ketika meluangkan masa bersama keluarga di taman tema air, Sunway Lagoon.
“Terima kasih @sunwaylagoonmalaysia, the kids had so much fun! Takyah pi jauh2, dekat2 pun dah happy Thanks Mucha Nanni temankan kami @mamasandha #latepost #latergram
#iburayfalraysha,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar ibu kepada dua orang cahaya mata ini sentiasa bahagia dan ceria bersama keluarga tercinta.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zahirah Mengaku Sukar Nak Pikat, Aiman Pula 10 Kali Tengok Teks WhatsApps Bimbang Kena Tipu!

Selepas beberapa bulan menyulam cinta, pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza akhirnya sepakat mengikat tali pertunangan Jun lalu dan minggu lalu, pasangan sama cantik sama padan ini mengumumkan keduanya akan disatukan sebagai suami isteri Februari depan.
Meski masih belum memilih tarikh penuhnya, namun perkahwinan yang bakal dirai dalam kehangatan bulan cinta itu pastinya akan menjadi momen manis untuk dikenang.
Singkap kembali momen cinta yang baru terjalin pula, Aiman secara jujur mendedahkan pelakon cantik itu terlebih dahulu menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApps.
“Dia susah nak dapat okay, dia buat ‘dek’ je pada saya. Mulanya saya teks dia biasa-biasa saja memandangkan dia sendiri bukan tak pernah kenal tapi tidak mengapalah,” kata Zahirah berterus-terang.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Bagaimanapun, Aiman yang berada di sisi pada sesi temu bual bersama media pula menjelaskan, dia sebetulnya menyedari pelakon cantik itu ada menghantarkan pesanan, tetapi dia seakan-akan tidak percaya.
“Saya dah sedar tapi dalam hati kata dia ni biar betul, ingatkan kena tipu sebab tiba-tiba saja teks yang dihantar itu hilang.
“Kemudian dia ada teks saya lagi ketika saya ke Amsterdam. Ia pun sama juga, 10 kali saya tengok teks tu untuk pastikan betul atau tidak,” seloroh Aiman.
“Saya tanya dia sama ada dia berminat atau tidak untuk berlakon sama dalam Curi-Curi Cinta,” balas Zahirah pula.
Menafikan cinta yang mekar bermula dengan cinta lokasi, pasangan ini juga turut memaklumkan mereka sudah pun bergelar pasangan kekasih sebelum drama rantaian itu memulakan penggambaran lagi.
Ikuti sidang media penuhnya;
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Sayang Awak…,” – Uqasha, Mimi Lana & Fasha Titip Kata Semangat Buat Fazura Sejurus Berita Perceraian

Sejak pagi Jumaat, kita dikejutkan dengan berita melibatkan pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah yang dilaporkan bakal bercerai selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin dilihat ada berkongsi foto hitam putih serta petikan kata-kata daripada ilmuan, Jalaluddin Rumi.
Ayat tersebut membawa maksud hanya diri kita sahaja yang mampu menempuhi setiap cabaran yang berlaku di dalam hidup ini.
Hantaran tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak termasuklah rakan-rakan artis.
Antara yang turut memberikan kata-kata semangat buat Fazura ialah pelakon jelita, Mimi Lana.
Menurut Mimi, dia berharap agar Fazura diberikan kesabaran yang tinggi untuk menempuh setiap cabaran yang berlaku saat ini.
“Semoga Allah merahmati dan memudahkan segala urusan kamu. Semoga kamu berjaya menempuhi segala ujian ini dengan penuh kesabaran,” tulisnya.
Sementara itu, pelakon terkenal, Fasha Sandha juga memanjatkan doa agar segala urusan ibu kepada seorang cahaya mata ini akan sentiasa dipermudahkan.
“Semoga Allah permudahkan segalanya untuk insan baik ini,” kongsinya.
Pada masa sama, aktres Uqasha Senrose turut meluahkan dirinya akan sentiasa menyayangi Fazura walau apapun yang berlaku kepadanya saat ini.
“Saya sayang awak kakak,” ujarnya.
Dalam pada itu, para netizen turut tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka itu.
“Fazura yang saya kenal, orangnya kuat semangat.
“Teruskan berjalan kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kamu.
“Tidak mengapa. Aturan Allah itu indah. Ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Kami semua tahu Kak Faz kuat semangat. Demi diri sendiri dan anak. Allah selalu ada dengan Kak Faz. Kami semua menyokong akak.
“Sedih dengar berita ini tapi kamu layak untuk bahagia. Semoga Allah beri kamu kekuatan,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, memetik laporan BH Online, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Media bagaimanapun melaporkan, butiran terperinci mengenainya tidak dikongsikan.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” kata sumber.
Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun media sosial masing-masing.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI