Kalau sudah namanya rezeki… Itulah situasi yang boleh digambarkan apabila usahawan yang juga jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terharu selepas menerima hadiah mewah daripada suaminya, pada Isnin.
Kejutan tersebut dibuat bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47 di The St Regis, Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 200 tetamu jemputan.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Haliza menerima sebuah kereta mewah jenis BMW SUV XM Label Red bernilai RM1.6 juta bersama sekalung tasbih emas 916 yang ditempah khas berharga RM30,000.
“Tak.. Saya tak tahu. Terima kasih banyak suami,” katanya ringkas sambil terkejut.
Majlis serba mewah itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi, Dayang Nurfaizah.
Sementara itu menerusi hantaran di Instagram, Haliza mengharapkan lebih banyak hal yang indah dalam kehidupannya selepas ini.
“Tetaplah menjadi peribadi yang selalu belajar tidak terbang dengan pujian, tidak tumbang dengan cacian, tetap tenang dalam ujian dan teruslah berusaha dalam diam.
“Satu lagi tahun yang indah telah berlalu. Semoga apa saja yang menanti di tahun hadapan diberikan kemudahan.
“Saya cintakan diri saya. Saya bangga dengan diri saya,” jelasnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini