Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang kini hamil tujuh bulan mengakui dia tidak kisah dengan jantina bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun menurut Ayda, dia suami Nabil Mahir hanya mendoakan bayi sulungnya itu berada dalam keadaan yang baik, sihat dan ceria seadanya.

“Bayi lelaki atau perempuan, itu tak penting. Kita hanya mahu yang terbaik, bayi sihat dan ceria. Amin,” katanya. 

Terdahulu menerusi hantaran di Instagram, Ayda berkongsi gambarnya bersama suami sambil memegang sebiji kek yang dihantar rakan baiknya bernama Ash, mencuri perhatian peminat.

Ads

Kek yang berbentuk beg tangan dan botol susu bayi itu turut dihiasi dengan dua ‘cup cake’ warna biru dan merah jambu sebagai simbolik kepada jantina bayi yang dikandung sama ada lelaki atau perempuan.

Ayda pada masa sama turut berharap agar ibu hamil di luar sana supaya menjaga kesihatan diri, memandangkan angka kes positif Covid-19 yang meningkat di negara ini.

Ads

Malah penyanyi Mata ini turut tidak ketinggalan mengajak peminatnya mendoakan kesembuhan buat Siti Sarah yang kini dilaporkan masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya, pada Jumaat.

“Ibu-ibu hamil di luar sana, tolong jaga diri. Kes Covid-19 makin tinggi. Mari doakan Kak Sarah dan bayinya sihat.

Ads

“Untuk ibu dan bayi yang sakit, sihat-sihat selalu hendaknya. Bagi yang mahukan zuriat, semoga dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya lagi.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.

Foto: Instagram Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI