Pelakon Nad Zainal atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin memilih untuk melahirkan bayinya di pusat perubatan sama, sewaktu melahirkan anak sulung, Fahad Ibrahim.
Perkara tersebut dikongsikan bintang drama Hati Yang Tersakiti itu menerusi satu hantaran terkininya di Instsgram pada Rabu.
Aktres berusia 31 tahun itu pada masa sama turut mengambil kira beberapa faktor seperti lokasi yang lebih dekat selain situasi semasa negara yang kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Trip ke hospital berjalan lancar semalam, dengan SOP yang ketat. Nasiblah tak ada orang datang checkup semalam, mungkin weekdays kan.
“Hospital tengah reno, harapnya masa bersalin dah siap, tapi cantik betul macam nak beraya pula rasanya.
Yem tiap kali ke hosp dia ingat doc nak belah perut mak dia, asyik tanya, mana baby? tak keluar ke? Lambat lagi nak keluar!
“Nanad pilih doc yang sama sambut Yem untuk baby ke-2, faktor lokasi juga main peranan, tak nak jauh. PKP pulak tu, payah nak explain kalau bergerak jauh-jauh nanti,” tulisnya.
Nad turut bertanya soalan berkaitan buat ibu yang sedang berdepan situasi sama sepertinya.
“Apa yang mommies cari pada hospital ? kos nya kah? jarak dr rumah kah? doc nya kah?
“Nanad malas tukar-tukar doc.. satu sebab sekarang mmg doc perempuan. Dr Kay. Keduanya, biarlah doc Kay je yang “tengok”, tak payahlah tambah doc lain, how bout u guys?,” tulis Nad yang kini usia kandungannya sudah memasuki bulan ketujuh.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika melahirkan cahaya mata.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki yang dipanggil Yem, enam tahun.
Foto: Instagram Nad Zainal