Hamil Anak Kedua, Berat Badan Bella Astillah Kini Cecah 60kg!

Share

Penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua.

Justeru, ia menjadikan berat badan pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah kini mencecah 60kg.

Memang pun  60kg sudah.. Hahaha,” balasnya ringkas apabila ada individu memberi respon terhadap video yang dimuat naik di Instagramnya.

Video tersebut memaparkan Bella melakukan tarian TikTok bersama adiknya,Didi Astillah di sebuah pusat kecantikan di ibu kota.

Malah, para peminat turut memberikan reaksi dan ada di antara komen yang diberikan mendapat respon dari tuan punya badan.

Terdahulu, peminat sebelum ini mengetahui mahligai yang dibina Bella bersama suaminya, Aliff Aziz pernah dilanda kemelut sebelum ini.

Malah Bella juga pernah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun, keduanya kini kembali bersama dan Bella turut memaklumkan berita gembira yang dirinya sedang hamil anak kedua.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini mencecah usia tiga tahun.

Foto: Instagram Bella Astillah

Published by
Amynur Akmal