Dijangka bakal menimang cahaya mata kedua pada Ogos depan, pelakon Shima Anuar mengakui bahawa dia mempunyai ‘perangai’ tersendiri.
Malah, perkara itu dikongsikan Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah Anuar menerusi Instagramnya.
“Lately ni dia selalu kena marah dgn mommy. Mommy dah tak larat sgt, perut makin besar, cepat penat, and dia banyak sgt meragam. Tp bila fikir2 balik, nak marah lebih2 pun bukan dia faham lagi. And all she wants is attention,
“So this time memang kena banyakkkkkk sgt bersabar. Walaupun kadang2 sabar tu hilang tak tau pegi mana. 😅Mommy love you so much Sophia. Nothing can change that. Please be good. Especially bila mommy dah deliver adik nanti. 😢 #1y7mbabygirl#33weekspregnantbabyboy,” tulisnya disertakan video yang dirakam memaparkan aksi Shima memeluk anak sulungnya, Marian Sophia.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai diatas perkongsian pelakon filem Highlands Tower itu.
Untuk rekod, Shima berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.
Video : Instagram Shima Anuar